Judul : PAS Tidak Akan Runding Dengan DAP...Syabas Inilah Yang Kita MAhukan Daripada PAS
link : PAS Tidak Akan Runding Dengan DAP...Syabas Inilah Yang Kita MAhukan Daripada PAS
PAS Tidak Akan Runding Dengan DAP...Syabas Inilah Yang Kita MAhukan Daripada PAS
KUALA LUMPUR: PAS tidak akan berunding dengan DAP dalam usaha mewujudkan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PU14) akan datang, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz."Kita dah jawab dahulu bahawa tak ada rundingan dengan DAP," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Beliau mendakwa kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu bahawa parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti telah ditokok tambah.
Semalam (Rabu), Abdul Hadi dilapor sebagai berkata PAS tiada masalah berbincang dengan mana-mana parti blok pembangkang termasuk DAP berhubung calon pilihanraya bagi mengelak pertandingan tiga penjuru tetapi DAP tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat PAS.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin sebelum ini dilapor sebagai berkata bahawaparti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti diharapkan rakan pembangkang lain untuk menghadapi BN.
Terdahulu, dalam sidang media di Parlimen, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan niat PAS yang mahu memperbaiki hubungan dengan rakan pembangkang lain dalam rundingan berhubung agihan kerusi.
Beliau berkata partinya sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama dengan semua parti pembangkang bagi memastikan wujud pertandingan satu lawan satu pada PRU14. -Bernama
PAS Tidak Akan Runding Dengan DAP...Syabas Inilah Yang Kita MAhukan Daripada PAS
Sekianlah artikel PAS Tidak Akan Runding Dengan DAP...Syabas Inilah Yang Kita MAhukan Daripada PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS Tidak Akan Runding Dengan DAP...Syabas Inilah Yang Kita MAhukan Daripada PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/pas-tidak-akan-runding-dengan-dapsyabas.html
0 Response to "PAS Tidak Akan Runding Dengan DAP...Syabas Inilah Yang Kita MAhukan Daripada PAS"
Posting Komentar