Judul : Nik Abduh nasihat Dr M kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah
link : Nik Abduh nasihat Dr M kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah
Nik Abduh nasihat Dr M kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menasihatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya ‘kembali ke tikar sejadah’ serta memperbanyakkan ilmu agama berbanding berpolitik.Ia ekoran pelbagai kenyataan dibuat pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu yang dilihat “ikut suka” dan memandangkan negarawan itu kini sudah tua, kata Nik Abduh.
“Tun Mahathir ni dia komen ikut suka dia je. Dia ni orang tua. Dia yang sekat royalti Kelantan kemudian nak bagi royalti. Dia yang penjara (bekas ketua pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kemudian nak bebas Anwar.
“Masa dia ada kuasa dia tak buat, masa dia tak ada kuasa dia sebut.
“Tun Mahathir lebih baik kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah. Banyak belajar agama, itu lebih baik untuk dia dari ulang (cakap) politik.
“Bagi saya, dia ulang apa yang dia nak buat benda yang dia tak buat masa dia ada kuasa. Benda ini menyusahkan anak muda,” katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita mengenai pidato Mahathir pada Konvensyen HARAPAN Sabtu lalu yang berkata, mana-mana pihak yang memusuhi gabungan pembangkang itu boleh dianggap sebagai penyokong Najib.
Selain itu, anggota parlimen Pasir Mas itu berpendapat situasi politik ketika ini tidak digemari golongan muda.
Sehubungan itu, katanya adalah lebih jawatan perdana menteri diserahkan kepada golongan muda.
“Saya ingat anak muda tak selesa dengan politik Malaysia hari ini yang pemimpin banyak terumbang ambing.
“Pandangan saya perdana menteri Malaysia patut bagi pada orang muda je,” katanya lagi.
Mkini
Nik Abduh nasihat Dr M kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah
Sekianlah artikel Nik Abduh nasihat Dr M kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Nik Abduh nasihat Dr M kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/nik-abduh-nasihat-dr-m-kembali-ke-tikar.html
0 Response to "Nik Abduh nasihat Dr M kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah"
Posting Komentar