Ng Suee Lim: Siasat 'Pengkhianat' 1MDB, Bukan Maria Chin Abdullah !

Ng Suee Lim: Siasat 'Pengkhianat' 1MDB, Bukan Maria Chin Abdullah ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ng Suee Lim: Siasat 'Pengkhianat' 1MDB, Bukan Maria Chin Abdullah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ng Suee Lim: Siasat 'Pengkhianat' 1MDB, Bukan Maria Chin Abdullah !
link : Ng Suee Lim: Siasat 'Pengkhianat' 1MDB, Bukan Maria Chin Abdullah !

Baca juga


Ng Suee Lim: Siasat 'Pengkhianat' 1MDB, Bukan Maria Chin Abdullah !


SHAH ALAM: Pihak berkuasa perlu lebih fokus menyiasat dalang yang menyebabkan negara kehilangan hampir RM60 bilion hingga memberi kesan buruk terhadap ekonomi dan keselamatan, berbanding mereka yang terlibat dengan perhimpunan BERSIH 5.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, rakyat juga tertunggu-tunggu perkembangan kes membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Ini yang rakyat tunggu kerana meletakkan negara dalam keadaan bahaya terhadap pelbagai aspek terutama ekonomi yang menjadi salah satu punca Ringgit terbenam, malahan susut paling teruk di rantau Asia.
“Inilah musibah sebenar berbanding Maria Chin yang hanya adakan perhimpunan aman. Mereka yang jadi penyangak dan pengkhianat termasuk pegawai dinamakan ‘Malaysia Official 1’ (MO1) oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat wajib disiasat polis,” katanya kepada SelangorKini.
Beliau berkata demikian mengulas pembebasan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), semalam.
Pada masa sama, Suee Lim berkata, selain menjejaskan ekonomi, situasi yang berlaku hari ini boleh memberi kesan terhadap keselamatan negara apabila mudah ditekan dan dipaksa memberi keistimewaan atau mengikut telunjuk negara asing.
Terdahulu, seramai 14 aktivis BERSIH 2.0 dan pemimpin Pakatan ditahan polis ekoran terlibat dalam himpunan BERSIH 5 di ibu negara, pada 19 November lalu. #sumber


Ng Suee Lim: Siasat 'Pengkhianat' 1MDB, Bukan Maria Chin Abdullah !

Sekianlah artikel Ng Suee Lim: Siasat 'Pengkhianat' 1MDB, Bukan Maria Chin Abdullah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ng Suee Lim: Siasat 'Pengkhianat' 1MDB, Bukan Maria Chin Abdullah ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/ng-suee-lim-siasat-pengkhianat-1mdb.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ng Suee Lim: Siasat 'Pengkhianat' 1MDB, Bukan Maria Chin Abdullah !"

Posting Komentar