Khalid: Maria Chin Boleh Di Tahan Semula Berhubung Himpunan Bersih 5

Khalid: Maria Chin Boleh Di Tahan Semula Berhubung Himpunan Bersih 5 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khalid: Maria Chin Boleh Di Tahan Semula Berhubung Himpunan Bersih 5, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khalid: Maria Chin Boleh Di Tahan Semula Berhubung Himpunan Bersih 5
link : Khalid: Maria Chin Boleh Di Tahan Semula Berhubung Himpunan Bersih 5

Baca juga


Khalid: Maria Chin Boleh Di Tahan Semula Berhubung Himpunan Bersih 5


KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah masih diteruskan walaupun beliau telah dibebaskan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata Maria dibebaskan selepas polis telah mengumpulkan maklumat mencukupi daripadanya walaupun di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), beliau boleh ditahan selama 28 hari.

"Tidak bermakna kes Maria telah ditutup.

"Kami masih menyiasat dan akan membentangkan kertas siasatan kepada Peguam Negara dalam masa satu bulan," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan motosikal berkuasa tinggi di Bukit Aman pada Selasa.

Maria telah dibebaskan pada Isnin selepas ditahan 10 hari, bermula malam sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November lalu.

Khalid tidak menolak kemungkinan bahawa Maria akan ditahan semula di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Mengenai serbuan di Empower pada Isnin, Ketua Polis Negara berkata polis mahu mengumpul bukti dan dokumen berdasarkan maklumat bahawa organisasi itu menerima dana dari luar negara.

"Empower juga merupakan pejabat lama Maria," kata beliau.

Mengenai sumbangan motosikal pada hari ini, Ketua Polis Negara berkata ia adalah ihsan Felda Global Ventures.

"Ia akan digunakan untuk membuat rondaan di Pantai Timur Sabah," katanya. #sumber


Khalid: Maria Chin Boleh Di Tahan Semula Berhubung Himpunan Bersih 5

Sekianlah artikel Khalid: Maria Chin Boleh Di Tahan Semula Berhubung Himpunan Bersih 5 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Khalid: Maria Chin Boleh Di Tahan Semula Berhubung Himpunan Bersih 5 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/khalid-maria-chin-boleh-di-tahan-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Khalid: Maria Chin Boleh Di Tahan Semula Berhubung Himpunan Bersih 5"

Posting Komentar