Maria: 10 Hari Di Dalam Kurungan Tiada Tingkap & Tidak Tahu Siang Malam

Maria: 10 Hari Di Dalam Kurungan Tiada Tingkap & Tidak Tahu Siang Malam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maria: 10 Hari Di Dalam Kurungan Tiada Tingkap & Tidak Tahu Siang Malam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maria: 10 Hari Di Dalam Kurungan Tiada Tingkap & Tidak Tahu Siang Malam
link : Maria: 10 Hari Di Dalam Kurungan Tiada Tingkap & Tidak Tahu Siang Malam

Baca juga


Maria: 10 Hari Di Dalam Kurungan Tiada Tingkap & Tidak Tahu Siang Malam

PETALING JAYA: Maria Chin Abdullah yang dibebaskan semalam, menceritakan pengalaman pahit ditahan dalam kurungan selama 10 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.
“Tiada tingkap atau lubang dalam bilik itu. Apabila saya tinggalkan sel itu, ada gogal besar hitam dan gari, jadi saya tidak tahu di mana saya berada.
“Saya minta 3 perkara: seorang peguam, menemui keluarga saya dan al-Quran saya di rumah. Mereka tidak boleh beri saya Quran saya, tetapi menawarkan satu alternatif.
“Peguam dan keluarga saya dilarang melawat. Mereka beri banyak alasan, tetapi saya tahu mereka ada lawatan keluarga setiap Ahad,” katanya sambil menambah keluarganya tidak dibenarkan melawat beliau pada Ahad minggu kedua.
Beliau berkata demikian selepas pendengaran permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, beliau akhirnya menerima sebuah al-Quran dan selimut selepas 2 hari diletakkan dalam kurungan berasingan dengan bantuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Beliau berkata, lampu dalam bilik itu sentiasa dibuka sepanjang hari.
“Bilik itu ditutup sepenuhnya, jadi anda tidak tahu sama ia adalah siang atau malam apabila anda bangun,” katanya.
Maria berkata, beliau perlu melalui soal siasat lama 6 hingga 8 jam setiap hari berhubung tugasnya dengan Bersih dan kaitan dengan jutawan George Soros.
Beliau tidak menolak kemungkinan akan ditahan sekali lagi di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, seperti dikatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Saya rasa itu adalah satu ugutan. Mereka perlu beri kami alasan kenapa mereka tahan saya di bawah Akta Perhimpunan Aman apabila semuanya (perhimpunan) diadakan dengan aman.
“Bukannya kami tak beri notis,” katanya sambil menambah notis diberi lebih awal berbanding 10 hari yang ditetapkan sebelum perhimpunan diadakan pada 19 November lalu.
Sementara itu, Maria menerima sebutir peluru .45mm bersama ugutan bunuh yang dipercayai dihantar ke rumahnya pada 18 November lalu, sehari menjelang perhimpunan Bersih 5 dan hari sama beliau ditahan polis.
Ia adalah ugutan bunuh ketiga dalam beberapa bulan ini yang berbunyi: “Amaran terakhir jika tidak R.I.P Marina dan Keluarga”.
“Mereka salah orang,” kata Maria yang juga pengerusi Bersih 2.0 merujuk silap ejaan dalam namanya.
“Mereka selalu tersilap,” seloroh Maria.
“Saya juga terima mesej WhatsApp. Saya tidak boleh kata sudah biasa dengan ugutan bunuh. Saya rasa ia sangat menyampah dan dahsyat untuk orang merendahkan martabatnya melakukan perkara seperti ini kepada saya dan keluarga saya.”
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen memberitahu, Maria dibebaskan 4.30 petang semalam dari sebuah kemudahan tahanan rahsia yang dikenali sebagai “pusat tahanan reman polis di Batu”, di sini. #sumber


Maria: 10 Hari Di Dalam Kurungan Tiada Tingkap & Tidak Tahu Siang Malam

Sekianlah artikel Maria: 10 Hari Di Dalam Kurungan Tiada Tingkap & Tidak Tahu Siang Malam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Maria: 10 Hari Di Dalam Kurungan Tiada Tingkap & Tidak Tahu Siang Malam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/maria-10-hari-di-dalam-kurungan-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Maria: 10 Hari Di Dalam Kurungan Tiada Tingkap & Tidak Tahu Siang Malam"

Posting Komentar