Mahathir berniat jahat timbulkan dakwaan tidak masuk akal...Terdesak Sangat Lah Tu

Mahathir berniat jahat timbulkan dakwaan tidak masuk akal...Terdesak Sangat Lah Tu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir berniat jahat timbulkan dakwaan tidak masuk akal...Terdesak Sangat Lah Tu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir berniat jahat timbulkan dakwaan tidak masuk akal...Terdesak Sangat Lah Tu
link : Mahathir berniat jahat timbulkan dakwaan tidak masuk akal...Terdesak Sangat Lah Tu

Baca juga


Mahathir berniat jahat timbulkan dakwaan tidak masuk akal...Terdesak Sangat Lah Tu

Dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa kerajaan merancang membawa masuk 700,000 warga China ke Forest City, Johor Baharu dan diberikan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya umum akan datang adalah tidak logik dan berniat jahat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, antara yang boleh dipersoalkan ialah bagaimana untuk menempatkan penduduk yang begitu ramai di kawasan penempatan baharu yang memakan masa antara 20 ke 30 tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

Beliau turut mempersoalkan, berapa pula kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang perlu disediakan kerajaan untuk menyiapkan kad pengenalan dan daftar mengundi mereka, sedangkan untuk mendaftar 5,000 orang pengundi pun memakan masa yang lama serta memerlukan kakitangan yang ramai.

Tegasnya, dakwaan bekas Perdana Menteri itu tidak lain hanya mahu menanam curiga terhadap kerajaan dalam kalangan rakyat dan boleh disifatkan sebagai satu perbuatan tidak bertanggungjawab serta berbahaya kepada keharmonian negara.

“Proses pembinaan penempatan seperti Forest City bukan boleh dilakukan sekelip mata, Putrajaya yang dibina 20 tahun lalu pun belum siap sepenuhnya, inikan pula projek yang baru memasuki fasa pertama.

“Satu lagi persoalan, berapa banyak pula pekerja yang diperlukan untuk menyediakan kad pengenalan ini, ikutkan akal fikiran memang tidak logik semua perkara itu boleh disiapkan dalam masa terdekat. Rakyat perlu sedar dengan permainan politik seperti ini dan jangan sesekali mudah terpedaya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Mahathir dalam Ceramah Bicara Rakyat Bersatu di Krubung, Melaka baru-baru ini bahawa lebih 700,000 warga China akan diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya umum akan datang.

Mahathir mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkunjung ke China selama enam hari baru-baru ini bukan sahaja berunding untuk membina landasan kereta api, tetapi turut berunding untuk memasukkan lebih 700,000 warga China ke Forest City sebuah bandar baru yang dibina di Johor Baharu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Shahrir berpendapat, kenyataan Mahathir hanya mahu mencari sensasi dengan kebenaran fakta tidak lagi menjadi kepentingan utama asalkan mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap kerajaan.

Ujarnya, ini bukan kali pertama Barisan Nasional (BN) dikaitkan dengan tuduhan membawa masuk warga asing kerana sebelum ini pembangkang pernah mendakwa 40,000 warga Bangladesh menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Inilah yang dinamakan sebagai cakap-cakap politik yang hanya mahu mencari sensasi walaupun cerita yang disampaikan mengarut, bagi pembangkang bercakap bohong itu tidak mengapa asalkan mudah diterima.

“Namun, fakta sebenar tentang Forest City diketahui sepenuhnya oleh rakyat Johor hasil sesi penerangan yang diberikan oleh kerajaan negeri, tak boleh tipu, memang benar zon itu adalah zon antarabangsa dan pemiliknya merupakan warga asing tetapi kita tidak sediakan pakej untuk memberi kad pengenalan kepada mereka,” tegas beliau.


Mahathir berniat jahat timbulkan dakwaan tidak masuk akal...Terdesak Sangat Lah Tu

Sekianlah artikel Mahathir berniat jahat timbulkan dakwaan tidak masuk akal...Terdesak Sangat Lah Tu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mahathir berniat jahat timbulkan dakwaan tidak masuk akal...Terdesak Sangat Lah Tu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/mahathir-berniat-jahat-timbulkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mahathir berniat jahat timbulkan dakwaan tidak masuk akal...Terdesak Sangat Lah Tu"

Posting Komentar