Judul : Lapan Orang Sah "Telah Di Tangkap" Dalam Operasi Anti-Rusuhan
link : Lapan Orang Sah "Telah Di Tangkap" Dalam Operasi Anti-Rusuhan
Lapan Orang Sah "Telah Di Tangkap" Dalam Operasi Anti-Rusuhan
PETALING JAYA: Lapan orang, termasuk tiga daripada DAP sah ditangkap polis dalam operasi anti-rusuhan setakat jam 8.00 malam tadi, ketika negara bersiap sedia menghadapi himpunan serentak Bersih 5 dan Baju Merah esok.
Penangkapan lapan individu itu disahkan badan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu kenyataan malam tadi.
Pengarah Eksekutif Sevan Doraisamy menggesa polis supaya menghentikan semua gangguan dan intimidasi terhadap penganjur tunjuk perasaan, dan membebaskan semua yang ditahan.
“Suaram menyeru campurtangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi memastikan hak berhimpun rakyat Malaysia terpelihara,” kata Sevan.
Lapan yang ditahan setakat ini adalah Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, urusetia Bersih 2.0 Mandeep Singh, aktivis Kesatuan Mahasiswa Malaysia Muhammad Luqman Nul Hakim, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook bersama 3 lagi ahli DAP, Ronnie Liu, Jimmy Wong dan Lee Khai Ming.
Suaram melihat operasi hari ini sebagai cubaan untuk menggagalkan gerakan rakyat, kata Sevan.
“Suaram menyeru polis supaya mengiktiraf dan menghormati dapatan Mahkamah Tinggi berhubung Bersih 5 semalam dan mematuhi saranan dan pemerhatian badan antarabangsa termasuk Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” tambahnya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam berkata polis wajib memastikan Gerakan Baju Merah mengadakan himpunan balas di lokasi yang berbeza supaya tidak bertembung dengan Bersih 5 esok.
Hakim Nanthan Balan berkata demikian ketika menolak permohonan injunksi terhadap himpunan Bersih 5 dan Baju Merah di ibu negara.
Jelasnya Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman memberi kuasa kepada polis untuk memindahkan penganjur himpunan balas bagi mengelakkan sebagai konfrontasi. #sumber
Lapan Orang Sah "Telah Di Tangkap" Dalam Operasi Anti-Rusuhan
Sekianlah artikel Lapan Orang Sah "Telah Di Tangkap" Dalam Operasi Anti-Rusuhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Lapan Orang Sah "Telah Di Tangkap" Dalam Operasi Anti-Rusuhan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/lapan-orang-sah-telah-di-tangkap-dalam.html
0 Response to "Lapan Orang Sah "Telah Di Tangkap" Dalam Operasi Anti-Rusuhan"
Posting Komentar