Kumpulan sekular mahu Bangladesh buang Islam sebagai agama rasmi

Kumpulan sekular mahu Bangladesh buang Islam sebagai agama rasmi - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kumpulan sekular mahu Bangladesh buang Islam sebagai agama rasmi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kumpulan sekular mahu Bangladesh buang Islam sebagai agama rasmi
link : Kumpulan sekular mahu Bangladesh buang Islam sebagai agama rasmi

Baca juga


Kumpulan sekular mahu Bangladesh buang Islam sebagai agama rasmi

Bangladesh sedang mempertimbangkan untuk menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini selepas seorang ahli politik kanan mendakwa rakyat sudah menerima pengaruh fahaman sekular dalam kalangan penduduk.

Pemimpin Parti Liga Awami, Dr. Abdul Razzak sebagaimana lapor portal The Independent mencadangkan supaya agama Islam digugurkan daripada Perlembagaan negara ini semasa satu perbincangan dengan Kelab Akhbar Nasional di sini.

Katanya, Bangladesh merupakan sebuah negara harmoni dengan penduduk daripada pelbagai agama dan Islam tidak sepatutnya dijadikan sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan.

“Saya sudah menyatakan me­ngenainya di luar dan kini saya mengulanginya semula bahawa Islam perlu digugurkan daripada Perlembagaan Bangladesh apabila tiba masa yang sesuai.

“Penerimaan fahaman sekular sudah ada dalam kalangan penduduk di Bangladesh,” katanya.

Abdul Razzak berkata, beliau percaya Islam telah dikekalkan sebagai agama rasmi bagi sebab-sebab strategik tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu semasa perbincangan ber­kenaan.

Islam merupakan agama terbesar diamalkan majoriti rakyat di Bangladesh, menjadikannya negara keempat di dunia yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia selepas India, Pakistan dan Indonesia.

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dalam ucapannya baru-baru ini menekankan kepentingan menjaga perasaan penganut agama minoriti.

“Sebagai sebuah negara majoriti Islam, adalah menjadi tanggungjawab moral rakyat Bangladesh untuk menjaga golongan minoriti,” katanya dalam satu persidangan.


Kumpulan sekular mahu Bangladesh buang Islam sebagai agama rasmi

Sekianlah artikel Kumpulan sekular mahu Bangladesh buang Islam sebagai agama rasmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kumpulan sekular mahu Bangladesh buang Islam sebagai agama rasmi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/kumpulan-sekular-mahu-bangladesh-buang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kumpulan sekular mahu Bangladesh buang Islam sebagai agama rasmi"

Posting Komentar