Judul : Komen Azmin selepas Rafizi dijatuhkan hukuman penjara...Sendiri Cari Penyakit Sudah Tahu Kesalahannya Buat Jugak
link : Komen Azmin selepas Rafizi dijatuhkan hukuman penjara...Sendiri Cari Penyakit Sudah Tahu Kesalahannya Buat Jugak
Komen Azmin selepas Rafizi dijatuhkan hukuman penjara...Sendiri Cari Penyakit Sudah Tahu Kesalahannya Buat Jugak
PKR percaya hukuman 18 bulan yang dijatuhkan ke atas Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli hari ini dapat mengukuhkan lagi ukhuwah dalam parti untuk meneruskan perjuangan menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata hukuman yanh dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pandan itu tidak memberi impak malah perjuangan parti akan diteruskan.
"Ini (hukuman ke atas Rafizi) tidak mematahkan semangat parti untuk terus berjuang. Malah, kita akan terus bersemangat untuk terus berjuang...berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.
"Saya percaya hukuman ini akan memperkukuhkan lagi perpaduan dan kekuatan dalam parti untuk meneruskan perjuangan parti," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman 1.5 tahun ke atas Rafizi di atas dua pertuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diklasifikasikan sebagai sulit.
Hakim Zulqarnian Hassan menetapkan hukuman 18 bulan masing-masing untuk dua pertuduhan itu dijalankan serentak.
Menurut Mohamed Azmin, walaupun mahkamah telah membuat keputusan, namun ia bukanlah keputusan muktamad kerana percaya pihak peguam Rafizi akan mengemukakan rayuan.
"Ia (kemuka rayuan) merupakan proses yang dibolehkan untuk YB Rafizi membela diri dan keputusan hari ini bukan keputusan muktamad kerana masih boleh menggunakan ruang untuk membuat rayuan," katanya.
Mohamed Azmin turut yakin Rafizi akan dibebaskan dari pertuduhan supaya dapat bersama pimpinan parti untuk memberi fokus dalam persiapan PRU14 akan datang.
Komen Azmin selepas Rafizi dijatuhkan hukuman penjara...Sendiri Cari Penyakit Sudah Tahu Kesalahannya Buat Jugak
Sekianlah artikel Komen Azmin selepas Rafizi dijatuhkan hukuman penjara...Sendiri Cari Penyakit Sudah Tahu Kesalahannya Buat Jugak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Komen Azmin selepas Rafizi dijatuhkan hukuman penjara...Sendiri Cari Penyakit Sudah Tahu Kesalahannya Buat Jugak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/komen-azmin-selepas-rafizi-dijatuhkan.html
0 Response to "Komen Azmin selepas Rafizi dijatuhkan hukuman penjara...Sendiri Cari Penyakit Sudah Tahu Kesalahannya Buat Jugak"
Posting Komentar