Kerajaan "Luluskan" Peruntukan RM250 Juta, Bagi Naik Taraf Jalan Jengka - Awah

Kerajaan "Luluskan" Peruntukan RM250 Juta, Bagi Naik Taraf Jalan Jengka - Awah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan "Luluskan" Peruntukan RM250 Juta, Bagi Naik Taraf Jalan Jengka - Awah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan "Luluskan" Peruntukan RM250 Juta, Bagi Naik Taraf Jalan Jengka - Awah
link : Kerajaan "Luluskan" Peruntukan RM250 Juta, Bagi Naik Taraf Jalan Jengka - Awah

Baca juga


Kerajaan "Luluskan" Peruntukan RM250 Juta, Bagi Naik Taraf Jalan Jengka - Awah


BANDAR JENGKA - Penantian masyarakat dalam projek jalan raya sempit laluan Tol Chenor- Bandar Tun Abdul Razak Jengka bakal berakhir dengan pengumuman kelulusan projek jalan tersebut bernilai RM250 juta yang akan dimulakan perlaksanaanya, awal tahun depan.

Adun Jengka, Datuk Wan Salwan Wan Ismail berkata, sebaik kerajaan meluluskan peruntukan tersebut, tender pembinaan jalan dilaksanakan dan ini bermakna kerja-kerja penyerahan dan pembinaan akan dimulakan bulan Februari 2017.

Menurutnya, projek jalan tersebut bakal merangsang pembangunan sektor ekonomi, sosial, dan pendidikan tinggi di negeri ini.

"Kerja-kerja pembinaan dijangka akan dilakukan pada 1 Februari 2017 dan tamat sehingga 31 Ogos 2020. Isu jalan ini sudah lama diperdebatkan. Dengan pengumuman ini diharap menjawab segala persoalan penduduk Jengka.

"Tahun pertama saya dilantik sebagai wakil rakyat sebanyak RM145 juta telah berjaya diperoleh untuk pembangunan di Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Dan sehingga lima tahun, sebanyak RM250 juta berjaya diperoleh untuk pembangunan jalan raya.  

"Kita sedia maklum projek menaiktaraf jalan ini merupakan satu keperluan berikutan pertambahan penduduk termasuk kewujudan kawasan perumahan serta warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang yang berjumlah hampir 30,000 orang," katanya.

Wan Salman berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Graduasi Kanak-Kanak Tabika dan Taska Kemas di Dewan Wisma Peneroka, Dun Jengka, di sini, hari ini. 

Sementara itu, dalam rombongannya mempromosikan Tahun Melawat Pahang di Kazakhtan dua minggu lalu, beliau menasihati ibu bapa memberikan tumpuan pembelajaran terhadap anak-anak semenjak kecil dengan mencontohi konsep pendidikan ibu bapa di negara tersebut.

"Anak-kanak di sekolah di sana keluar dari jam enam pagi sehingga enam petang untuk menimba ilmu. Kaedah pendidikan mereka menarik perhatian saya. Anak-anak ditempatkan di sekolah selama tempoh pembelajaran dan hujung minggu baru ibu bapa dapat berjumpa. Sebab itu, meski pun Kazakhtan sebuah negara yang terpencil namun pembangunannya amat menggalakkan. Mereka serius dengan pendidikan anak-anak," katanya.

Beliau berharap ibu bapa memberikan tumpuan penuh terhadap pembangunan potensi anak-anak di samping memberikan sokongan terhadap warga pendidik pra sekolah. #sumber


Kerajaan "Luluskan" Peruntukan RM250 Juta, Bagi Naik Taraf Jalan Jengka - Awah

Sekianlah artikel Kerajaan "Luluskan" Peruntukan RM250 Juta, Bagi Naik Taraf Jalan Jengka - Awah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kerajaan "Luluskan" Peruntukan RM250 Juta, Bagi Naik Taraf Jalan Jengka - Awah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/kerajaan-luluskan-peruntukan-rm250-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan "Luluskan" Peruntukan RM250 Juta, Bagi Naik Taraf Jalan Jengka - Awah"

Posting Komentar