Judul : FAM: Malaysia Tidak Akan Boikot Aksi Piala AFF Suzuki Di Myanmar
link : FAM: Malaysia Tidak Akan Boikot Aksi Piala AFF Suzuki Di Myanmar
FAM: Malaysia Tidak Akan Boikot Aksi Piala AFF Suzuki Di Myanmar
YANGON: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap akan membenarkan skuad kebangsaan meneruskan aksi di Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di Myanmar walaupun ada desakan untuk memboikotnya.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, skuad Harimau Malaysia akan meneruskan aksi terakhir Kumpulan B menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, Sabtu ini.
Beliau yang juga pengurus skuad kebangsaan turut meminta pemain kebangsaan melupakan cadangan boikot dan terus fokus menghadapi aksi menentang Myanmar.
“Statut FAM, AFC dan FIFA menjelaskan bola sepak berkecuali daripada politik, agama, perkauman dan sebagainya dan kalau kita nak tarik diri, kita sepatutnya sudah berbuat demikian awal-awal lagi, bukannya sekarang kerana isu ini sudah lama berlaku.
“Kenapa FAM dan bola sepak menjadi mangsa pula untuk isu ini dan bukan melibatkan perkara lain? Isu ini sedikit sebanyak menjejaskan moral pemain skuad kebangsaan,” katanya.
Beliau bagaimanapun berharap mesyuarat Kabinet esok yang akan membincangkan isu itu dapat mencapai keputusan positif mengenai cadangan memboikot kejohanan tersebut.
Semalam, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru pasukan negara menarik diri daripada Piala AFF Suzuki sebagai bantahan tindakan tentera Myanmar terhadap penduduk etnik Rohingnya.
Pada masa sama, Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) memberi amaran FAM boleh digantung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekiranya memboikot kejohanan itu sebagai bantahan penindasan berterusan kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya.
Setiausaha Agung AFF, Datuk Seri Azzuddin Ahmad berkata, AFF sendiri turut berdepan tindakan undang-undang daripada rakan pemasaran rasmi kejohanan itu, Lagarde Sports jika FAM memboikotnya.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan Malaysia mempertimbangkan cadangan boikot yang akan memberi implikasi negatif kepada pelbagai pihak terlibat secara langsung dengan kejohanan kali ini.
“Kita perlu membayar pampasan kepada Lagarde Sports, sekiranya kejohanan ini diboikot…AFF sendiri tidak menerima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan Malaysia,” katanya pada sidang media khas hari ini.
Pada masa sama, Azzuddin turut mempersoalkan tindakan segelintir individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang lantang mendesak kerajaan memboikot kejohanan dwitahunan itu yang diadakan sejak 1996.
“Kenapa tunggu Piala AFF bermula baru mereka begitu ghairah usulkan kejohanan ini diboikot?
“Presiden AFF adalah (Sultan Pahang) Sultan Ahmad Shah. Keyakinan (12 anggota gabungan AFF) di atas kepimpinan Tuanku Sultan meyakinkan mereka menyokong Tuanku dan kita pula tidak menghargai penghormatan itu,” katanya.
Bekas setiausaha agung FAM dari 2007 hingga 2013 itu berkata, ada cara lain yang boleh diambil Malaysia untuk mengutuk tindakan tentera Myanmmar ke atas etnik Rohingya daripada memboikot kejohanan yang menyatukan negara Asean. #sumber
FAM: Malaysia Tidak Akan Boikot Aksi Piala AFF Suzuki Di Myanmar
Sekianlah artikel FAM: Malaysia Tidak Akan Boikot Aksi Piala AFF Suzuki Di Myanmar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca FAM: Malaysia Tidak Akan Boikot Aksi Piala AFF Suzuki Di Myanmar linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/fam-malaysia-tidak-akan-boikot-aksi.html
0 Response to "FAM: Malaysia Tidak Akan Boikot Aksi Piala AFF Suzuki Di Myanmar"
Posting Komentar