Drama Mahathir - Azizah di Parlimen... gimik orang politik

Drama Mahathir - Azizah di Parlimen... gimik orang politik - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Drama Mahathir - Azizah di Parlimen... gimik orang politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Drama Mahathir - Azizah di Parlimen... gimik orang politik
link : Drama Mahathir - Azizah di Parlimen... gimik orang politik

Baca juga


Drama Mahathir - Azizah di Parlimen... gimik orang politik

Kali pertama sejak menyertai barisan pembangkang, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad duduk sepentas dengan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ini mungkin satu tanda bahawa hubungan renggang mereka sudah reda, kerana sebelum ini Azizah enggan bertemu Mahathir.

Mahathir pagi Selasa kali pertama menjejakkan kaki semula ke parlimen selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003, cuma kali ini sebagai ahli pembangkang untuk menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen.

Mengiringi beliau adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagaimanapun daripada 88 MP pembangkang hanya sekitar 20 orang yang dilihat hadir mesyuarat yang dianjurkan di bangunan sementara di parlimen.

Bagi menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Azalina Said, tindakan MP pembangkang menjemput Mahathir menunjukkan mereka begitu terdesak sehingga perlu mendapatkan sokongan daripada pihak luar.

"Tindakan itu juga tidak lebih daripada hanya satu gimik politik pembangkang,"katanya.

Menurut Azalina, beliau hairan kenapa pembangkang tidak menggunakan Peraturan Mesyuarat sedia ada bagi membawa usul untuk dibincangkan sesuatu perkara yang tidak dipersetujui di dalam Dewan Rakyat.

"Mendiang Ahli Parlimen Bukit Gelugor pernah membawa usul  kepada Dewan Rakyat berhubung isu penahanan beliau di Parlimen pada 26 Februari 2009.

"Usul itu telah diluluskan dan satu Jawatankuasa Pilihan telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut.

"Jawatankuasa yang dibentuk itu turut dianggotai oleh Ahli Parlimen BN dan Pembangkang yang mana Lim Kit Siang (Ipoh Timur) juga antara ahlinya. Dewan Rakyat mempunya mekanisme dan prosedur  tersendiri untuk mengadili sesuatu perkara itu secara adil dan saksama,"katanya.

Jelas Azalina, kehadiran Mahathir tidak akan membawa apa-apa makna kepada sistem Parlimen hari ini.

"Mampukah Reformasi Parlimen yang kita telah laksanakan dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ini direalisasikan ketika zaman beliau menjadi Perdana Menteri?" soal Azalina.

Mahathir tiba di pejabat Ketua Pembangkang di bilik taklimat bangunan sementara Parlimen sekitar pukul 10:30 pagi bagi membincangkan usaha untuk mempertahankan Parlimen dan kuasa imuniti di kalangan ahlinya.

Sementara itu, diakhir mesyuarat tersebut, ahli parlimen dan mantan ahli parlimen telah menggariskan empat resolusi sebagai ketetapan yang dicapai ekoran pertemuan dan perbincangan yang telah diadakan lebih kurang satu jam itu.

"Kami meminta ketua polis mengarahkan  pihak PDRM menghentikan tindakan memanggil dan mengambil keterangan dari mana-mana ahli parlimen yang berucap dan sentuh isu 1MDB, DOJ dan RM2.6 billion.

"Kami meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat menghormati dan mempertahankan Hak dan Kebebasan Parlimen sepenuhnya seperti diiktiraf dalam doktrin pengasingan kuasa,"katanya.

Selain itu, mereka juga menuntut agar Yang Dipertua Dewan Rakyat mengkaji semula Petua dikeluarkan berhubung pertanyaan jawab lisan dan isu yang berbangkit yang menyentuh mengenai RM2.6 billion dan Tafsiran Sub Judice.

"Kami juga meminta, semua pihak mengiktiraf dan mengembalikan hak ahli parlimen sebagai wakil rakyat untuk berbahas dan menyuarakan masalah rakyat dalan dewan rakyat serta tidak menyekat mana-mana pihak menyekat kebebasan tersebut," katanya.


Drama Mahathir - Azizah di Parlimen... gimik orang politik

Sekianlah artikel Drama Mahathir - Azizah di Parlimen... gimik orang politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Drama Mahathir - Azizah di Parlimen... gimik orang politik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/drama-mahathir-azizah-di-parlimen-gimik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Mahathir - Azizah di Parlimen... gimik orang politik"

Posting Komentar