Judul : Cucu bekas TPM sertai Parti Bersatu
link : Cucu bekas TPM sertai Parti Bersatu
Cucu bekas TPM sertai Parti Bersatu
Walaupun tidak mendapat sokongan penuh daripada keluarganya, Tariq Ismail, cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, telah menyatakan hasratnya untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Ketika dihubungi, Tariq berkata, isterinya menjadi satu-satunya insan yang menyokong keputusannya.
“Ibu bapa saya sedang berfikir tentang hal ini, kakak saya minta saya berhati-hati dan bapa saudara saya (bekas ahli Umno, Taufiq Ismail) mungkin tidak menyukainya.
“Tetapi ia benar-benar tidak menjadi masalah kerana fahaman politik kami tidak akan mengganggu hubungan keluarga. Keluarga adalah keluarga, apa-apa sahaja selain itu akan diletak tepi,” katanya.
Datuk Tariq, Tun Dr Ismail, dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1970 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein.
Beliau meninggal dunia tiga tahun kemudian akibat serangan jantung.
Mengenai sebab-sebab beliau ingin menyertai Bersatu, Tariq berkata ia adalah satu-satunya parti terbaik yang menunjukkan kemajuan pada masa ini.
“Semuanya kerana perkembangannya. Saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku dalam Umno kerana mereka kini hilang arah. Mereka merosot.
“Tidak pernah ada suara yang boleh memberitahu orang Melayu bahawa perkembangan bukanlah satu perkara yang tidak baik. Ia adalah mengenai membebaskan minda Melayu,” katanya, sambil menambah beliau telah bercakap dengan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjelaskan bahawa parti
Bersatu adalah parti yang melakukan perubahan institusi dan akan kembali kepada semangat Perlembagaan.
Tariq berkata beliau tidak mempunyai dendam peribadi terhadap kepimpinan Umno sekarang.
“Saya tidak menentang mereka secara individu, tetapi dasar-dasar dan pendirian mereka,” katanya.
Cucu bekas TPM sertai Parti Bersatu
Sekianlah artikel Cucu bekas TPM sertai Parti Bersatu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Cucu bekas TPM sertai Parti Bersatu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/cucu-bekas-tpm-sertai-parti-bersatu.html
0 Response to "Cucu bekas TPM sertai Parti Bersatu"
Posting Komentar