Bekas ahli UMNO akan kembali sertai parti selepas lima, enam tahun

Bekas ahli UMNO akan kembali sertai parti selepas lima, enam tahun - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas ahli UMNO akan kembali sertai parti selepas lima, enam tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas ahli UMNO akan kembali sertai parti selepas lima, enam tahun
link : Bekas ahli UMNO akan kembali sertai parti selepas lima, enam tahun

Baca juga


Bekas ahli UMNO akan kembali sertai parti selepas lima, enam tahun

Bekas ahli UMNO yang keluar parti termasuk dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan “berlari” untuk menyertai UMNO semula dalam tempoh lima ke enam tahun lagi, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri berkata ini kerana apa pun boleh berlaku dalam politik Malaysia seperti yang dapat dilihat menerusi sorotan sejarahnya.

“Sebelum ini kita tak terbayang bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad akan berpeluk dengan Lim Kit Siang daripada DAP. Dan semua drama itu.

“Di hujung jalan, dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi, mereka (PPBM) mungkin peluk kami dan kembali pada UMNO,” katanya kepada wartawan di Akademi Seni, Kebudayaan dan Warisan Negara hari ini.

Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan berkata akhirnya “parti tanpa prinsip” itu akan mengeluarkan resolusi untuk membubarkan parti mereka dan kembali menyertai UMNO demi perpaduan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan terjadinya ahli UMNO keluar beramai-ramai untuk menyertai PPBM yang diketuai Mahathir, selepas perhimpunan agung UMNO yang berlangsung esok.

“Bagi mereka yang atas pagar dan masih bersama UMNO, maknanya mereka masih dengan UMNO. Ikut sejarah, apa yang kita nampak parti serpihan tidak akan dapat setanding dengan UMNO,” katanya, menambah keadaan seperti itu boleh diramal.

Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata dalam jangka panjang parti serpihan tidak pernah berjaya ia didorong perasaan dendam.

“Ia di mana orang yang marah tinggalkan UMNO dan buat parti baharu untuk balas dendam.

“Saya tidak bimbang langsung fasal ini. Mereka patut belajar daripada pemimpin terdahulu yang mengkhianati UMNO kerana marah tetapi usaha mereka akhirnya sia-sia,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai perhimpunan agung UMNO tahun ini, Nazri berkata ia mungkin perjumpaan terakhir sebelum berdepan pilihanraya umum.

Sehubungan itu, katanya ahli UMNO perlu mengamalkan perpaduan dan tidak menggunakan perhimpunan agung untuk berkempen demi kepentingan mereka.

“Bagi memenangi hati rakyat dan pilihan raya umum akan datang lebih penting berbanding fokus kepada pertandingan dalaman,” katanya.

Nazri berkata pilihan raya umum akan datang bakal menjadi pertandingan yang sukar untuk Barisan Nasional.

Pada 2015, UMNO menangguhkan pemilihan partinya sehingga selepas Pilihanraya Umum ke-14 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Jun 2018.


Bekas ahli UMNO akan kembali sertai parti selepas lima, enam tahun

Sekianlah artikel Bekas ahli UMNO akan kembali sertai parti selepas lima, enam tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bekas ahli UMNO akan kembali sertai parti selepas lima, enam tahun linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/bekas-ahli-umno-akan-kembali-sertai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas ahli UMNO akan kembali sertai parti selepas lima, enam tahun"

Posting Komentar