Judul : Alhamdulilah.....PAS tak layan tuntutan DAP dan PAN... enggan sertai Bersih 5
link : Alhamdulilah.....PAS tak layan tuntutan DAP dan PAN... enggan sertai Bersih 5
Alhamdulilah.....PAS tak layan tuntutan DAP dan PAN... enggan sertai Bersih 5
Pemimpin DAP dan PAN mesti sakit hati habis apabila pemimpin PAS enggan melayan tuntutan mereka.Semua maklum, DAP, PAN bukan parti yang mempunyai 'rakyat' hanya 'raban kosong' sahaja, sebab itu mereka mengharapkan PAS untuk menyertai Bersih 5.
PAS pula enggan melayan tuntutan DAP dan PAN.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun PAS bersedia berbincang mengenai kerjasama satu lawan satu, namun keputusan untuk tidak menyertai BERSIH tetap tidak akan berubah.
“Kita sudah beritahu sebelum ini kita tidak akan sertai BERSIH. Jangan perangkap kita kononnya kalau nak bersatu, kena sertai BERSIH.
"Tidak, kita tidak akan sertai BERSIH,” katanya.
Terdahulu beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa mencabar PAS menyertai BERSIH 5 jika parti itu serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU nanti.
Tuan Ibrahim berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan ketetapan yang jentera PAS tidak menyertai perhimpunan BERSIH 5.
Beliau berkata, walaupun PAS menyokong beberapa tuntutan yang dibuat BERSIH, namun parti itu mempunyai agenda yang lebih besar yang perlu difokus kini.
“Kita mahu tukar sistem, bukan sekadar tukar orang. Bagi kita, agenda yang selaras dengan dasar parti kita, kita akan sokong.
"Kita ucapkan terima kasih kerana buat tuntutan tersebut dan PAS kini sedang fokus untuk membuat perubahan melalui sistem demokrasi,” katanya.
Alhamdulilah.....PAS tak layan tuntutan DAP dan PAN... enggan sertai Bersih 5
Sekianlah artikel Alhamdulilah.....PAS tak layan tuntutan DAP dan PAN... enggan sertai Bersih 5 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Alhamdulilah.....PAS tak layan tuntutan DAP dan PAN... enggan sertai Bersih 5 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/alhamdulilahpas-tak-layan-tuntutan-dap.html
0 Response to "Alhamdulilah.....PAS tak layan tuntutan DAP dan PAN... enggan sertai Bersih 5"
Posting Komentar