AG: Akta Hasutan, Kerajaan Akan Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan

AG: Akta Hasutan, Kerajaan Akan Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AG: Akta Hasutan, Kerajaan Akan Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AG: Akta Hasutan, Kerajaan Akan Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan
link : AG: Akta Hasutan, Kerajaan Akan Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan

Baca juga


AG: Akta Hasutan, Kerajaan Akan Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak satu peruntukan dalam Akta Hasutan 1948 berkaitan pelanggaran kebebasan bersuara dan kesaksamaan di bawah undang-undang, kata peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
“Kami ada 30 hari untuk memfailkan usul kebenaran bagi membuat rayuan terhadap keputusan itu,” katanya.
Disebabkan kes ini berasal dari Mahkamah Tinggi sebagai kes sivil, kerajaan perlu merangka soalan undang-undang atau perlembagaan untuk kepentingan awam.
Mahkamah Tinggi hanya akan mendengar merit rayuan itu jika mendapat kebenaran.
Keputusan baharu ini mungkin memberi peluang kepada Mahkamah Persekutuan mengkaji semula isu undang-undang sama seperti dalam kes bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, di mana warisnya mengemukakan rayuan terhadap hukuman dan sabitan menghasut pada 2009 terhadap bekas Sultan Perak (Sultan Azlan Shah).
Karpal yang merupakan peguam dan ahli Parlimen Bukit Gelugor, terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April 2014.
Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan bersejarah dengan memutuskan Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948 mengenai elemen niat seseorang yang dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan, sebagai tidak sah.
Panel 3 hakim dipengerusikan Hakim Lim Yee Lan sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan Adun Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei bagi mencabar kesahan peruntukan itu dari segi perlembagaan.
Hakim Varghese George Varughese ketika menyampaikan keputusan penghakiman itu berkata, di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, semua warganegara adalah sama di sisi undang-undang dan akta itu mendiskriminasi tertuduh.
Seorang lagi anggota panel itu ialah Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.
Varughese berkata, Seksyen 3 (3) menyimpang daripada norma dalam undang-undang lain.
Varughese berkata, Seksyen 3 (3) menyimpang daripada norma dalam undang-undang lain.
“Undang-undang lain memerlukan pihak pendakwa membuktikan elemen niat,” katanya sambil menambah dalam keadaan biasa, beban pembuktian berada di pihak pendakwaan.
Keputusan itu membenarkan rayuan Mat Shuhaimi untuk mengisytiharkan Seksyen 3 perundangan kolonial itu tidak sah.
Tahun lalu, Mahkamah Tinggi ketika menolak saman Mat Shuhaimi mendapati tindakannya adalah satu bentuk penyalahgunaan proses mahkamah.
Adun PKR itu didakwa menghasut pada 2011 berdasarkan catatan di blognya mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu, Datuk Mohd Khusrin Munawi, yang sebelum ini gagal membatalkan pertuduhan itu atas alasan perlembagaan.
Sementara itu, peguam Amer Arshad menggesa polis menggugurkan siasatan terhadap bekas menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal and Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Keputusan hari ini memperkuatkan sekatan untuk kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dengan ketat kerana ia melibatkan hak asasi.”
Katanya, mereka bertiga berucap di Dewan Rakyat dengan niat untuk melindungi hak rakyat dan negara berhubung isu 1MDB.
“Saya juga boleh menyeru Apandi yang juga pendakwa raya mengkaji semula semua tuduhan hasutan yang belum selesai di mahkamah.”
Aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim yang didenda RM5,000 kerana menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-13, masih menunggu Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya.
Seorang lagi aktivis, Muhammad Safwan Anang yang melakukan kesalahan sama dengan Adam Adli sedang menunggu penghakiman Mahkamah Rayuan.
Kedua-dua mereka didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi, tetapi pihak pendakwaan mengemukakan rayuan balas.
Peguam, N Surendran yang mewakili Shuhaimi berkata, Seksyen 3 (3) digugurkan daripada buku undang-undang hari ini. #sumber


AG: Akta Hasutan, Kerajaan Akan Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan

Sekianlah artikel AG: Akta Hasutan, Kerajaan Akan Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca AG: Akta Hasutan, Kerajaan Akan Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/ag-akta-hasutan-kerajaan-akan-rayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AG: Akta Hasutan, Kerajaan Akan Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan"

Posting Komentar