Judul : ADUN Umno bertindak keluar DUN Pulau Pinang
link : ADUN Umno bertindak keluar DUN Pulau Pinang
ADUN Umno bertindak keluar DUN Pulau Pinang
ANTARAPOS.COMGEORGE TOWN: Beberapa ADUN Umno-Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan keluar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini selepas Speaker Datuk Law Choo Kiang mengusir Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal).
Law mengarahkan Roslan untuk meninggalkan Dewan tersebut apabila beliau enggan duduk selepas tercetus perang mulut antaranya dengan dan beberapa ADUN Pakatan Harapan.
Ia berlaku semasa pembentangan resolusi mengutuk penahanan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Maria ditahan sehari sebelum berlangsungnya himpunan BERSIH 5 di Kuala Lumpur pada Sabtu yang lalu dan kini ditahan untuk tempoh selama 28 hari.
Memetik laporan Malaysiakini, pertelagahan itu tercetus apabila Roslan memberitahu Dr Afif Bahardin (PKR-Seberang Jaya), yang ketika itu sedang berbahas agar tidak lupa bahawa bapanya adalah ahli Umno.
Afif yang terkilan dengan kata-kata Roslan menuntut beliau menarik balik kenyataannya itu dan memberitahu agar 'tidak mengheret bapa saya' ke dalam perkara ini.
Bahang pertelagahan semakin memuncak dengan para ADUN dari kedua-dua pihak saling menuding jari antara satu sama lain selepas RSN Rayer (DAP-Seri Delima) dan Soon Lip Chee (DAP-Jawi) berdiri menyokong Afif dan menuntut Roslan menarik balik kenyataannya.
Roslan enggan berbuat demikian, sebaliknya, sentiasa mengingatkan Afif agar tidak melupakan asal-usulnya.
Pada ketika itu, Law meminta semua ADUN agar berhenti menjerit dan kembali duduk di tempat masing-masing. Namun, perang mulut antara keduanya tetap berterusan.
ADUN Umno bertindak keluar DUN Pulau Pinang
Sekianlah artikel ADUN Umno bertindak keluar DUN Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca ADUN Umno bertindak keluar DUN Pulau Pinang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/adun-umno-bertindak-keluar-dun-pulau.html
0 Response to "ADUN Umno bertindak keluar DUN Pulau Pinang"
Posting Komentar