Judul : Adun, Exco Selangor 'Berperang Mulut'
link : Adun, Exco Selangor 'Berperang Mulut'
Adun, Exco Selangor 'Berperang Mulut'
SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis tegang apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk Exco bertelagah sesama sendiri semasa sesi pertanyaan lisan berlangsung.Ketegangan bermula apabila Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) tidak berpuas hati soalannya berhubung masalah pencemaran air Sungai Semenyih yang berulang-ulang sehingga mengakibatkan penutupan pusat rawatan air dilangkau oleh Speaker DUN, Hannah Yeoh.
Yeoh (DAP-Subang Jaya) menyatakan soalan seumpamanya dan segala yang berkaitan telah dijawab oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong Keat Ping, sebelum ini.
Yaakob sekali lagi bangun dan menyatakan soalan beliau adalah bagi meminta kerajaan negeri memperjelaskan tindakan lebih mantap yang dilakukan bagi mengelakkan masalah pencemaran Sungai Semenyih terus berulang-ulang.
Wong (PKR-Bukit Lanjan) mencelah untuk menegaskan segala langkah dan tindakan berhubung isu pencemaran itu telah berulang kali diberitahu kepada DUN.
"Sebelum hendak bawa isu masuk (ke dalam DUN), hadirlah dengar penggulungan, dengar jawapan... mana (Adun) Kota Anggerik semasa saya jawab soalan seperti ini? Saya sudah jawab semua (berkaitan isu pencemaran) 45 minit semasa penggulungan, bila kerajaan negeri jawab, ambillah perhatian.
"Kita bertungkus-lumus beri jawapan tepat, kita sudah beri jawapan sejak hari kedua (sidang DUN) apa yang kerajaan negeri buat," katanya.
Dr A. Xavier Jayakumar (PKR-Seri Andalas) berkata Wong, sebagai seorang Exco, tidak sepatutnya marah atau tertekan dengan pertanyaan Adun dan perlu memberi penjelasan yang sepatutnya.
Wong terus menegaskan mana-mana Adun yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan isu itu boleh merujuk kepadanya memandangkan beliau telah berulang kali menjawab perkara berkenaan pada sidang DUN kali ini.
Kemudiannya sidang DUN sekali lagi kecoh apabila Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Pengangkutan Datuk Teng Chang Khim, mengeluarkan perkataan 'bodoh' berulang kali kepada Adun Barisan Nasional (BN).
Kekecohan itu berlaku apabila semua Adun BN bangun sebagai tanda tidak puas hati dengan Yaakob yang menuduh Umno mengamalkan politik perkauman sempit.
Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) membidas kenyataan Adun PKR itu dengan menyatakan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dicetuskan oleh DAP.
Kenyataan Sulaiman itu mendorong Teng (DAP-Sungai Pinang) menyuruh semua Adun BN duduk mengikut peraturan tetap DUN sambil menuding jari ke arah mereka sambil berkata 'bodoh, bodoh, bodoh'.
Yeoh yang cuba menenangkan Adun dan Exco terlibat meminta mereka menarik balik setiap dakwaan dan tuduhan terhadap sesama sendiri untuk melancarkan perjalanan DUN.
Sulaiman, Teng dan semua Adun yang mencelah dan terlibat dalam pertikaman lidah itu kemudiannya menarik balik setiap tuduhan dan dakwaan.
Adun, Exco Selangor 'Berperang Mulut'
Sekianlah artikel Adun, Exco Selangor 'Berperang Mulut' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Adun, Exco Selangor 'Berperang Mulut' linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/adun-exco-selangor-berperang-mulut.html
0 Response to "Adun, Exco Selangor 'Berperang Mulut'"
Posting Komentar