ADUN DAP desak Guen Eng ambil cuti hingga kes rasuah selesai

ADUN DAP desak Guen Eng ambil cuti hingga kes rasuah selesai - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN DAP desak Guen Eng ambil cuti hingga kes rasuah selesai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN DAP desak Guen Eng ambil cuti hingga kes rasuah selesai
link : ADUN DAP desak Guen Eng ambil cuti hingga kes rasuah selesai

Baca juga


ADUN DAP desak Guen Eng ambil cuti hingga kes rasuah selesai

ADUN DAPTanjung Bungah yang terkenal 'kaki lawan' mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menarik diri daripada mempengerusikan Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) atau Jawatankuasa Tanah sementara menunggu perbicaraan dakwaan rasuah terhadap dirinya.

ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Chau berkata, tindakan itu penting bagi memastikan tadbir urus yang baik sebagaimana dilaungkan kerajaan negeri untuk memastikan kredibiliti DUN terus kukuh.

"Kebiasaannya, kami menggesa ahli politik mengambil cuti sementara membolehkan siasatan terhadapnya dilengkapkan.

"Jika cadangan seperti ini susah untuk diterima, maka langkah lebih progresif boleh diambil di mana-mana demi keadilan, pemimpin itu dinasihatkan untuk tidak mempengerusikan dan menguruskan perkara dalam SPC atau Jawatankuasa Tanah buat masa ini sehingga keputusan akhir mahkamah," kata Teh merujuk kepada perbicaraan kes rasuah dihadapi Guan Eng.

Teh yang membahaskan Bajet 2017 pada persidangan DUN turut berkata jika mempunyai peluang, beliau akan membuat perubahan terhadap perlembagaan negeri bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan ketua menteri kepada dua penggal.

"Kita dalam sistem Westminster yang menjalankan fungsi pemisahan kuasa yang terdiri daripada perundangan, eksekutif dan kehakiman.

"Dan sekarang kita berada dalam krisis di mana badan kehakiman sedang dalam proses menyiasat eksekutif berkaitan beberapa pertuduhan.

"Dalam sistem kita, salah satu struktur adalah tanggungjawab. Seorang pemimpin perlu mengamalkan tanggungjawab bersama ketika berdepan kontroversi supaya kepentingan awam selamat dan tadbir urus dipertahankan," katanya.

Guan Eng bagaimanapun tidak hadir pada persidangan DUN ketika Teh menyampaikan ucapannya.

Guan Eng kini berdepan dengan dua tuduhan rasuah, iaitu menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk memperoleh suapan bagi diri dan isterinya, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian bagi tujuan kediaman semasa mesyuarat exco negeri pada 18 Julai 2014.

Setiausaha Agung DAP itu juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, di bawah nilai pasaran hartanah sebanyak RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.

Mahkamah Tinggi Georgetown menetapkan 6 Disember ini bagi pengurusan kes.


ADUN DAP desak Guen Eng ambil cuti hingga kes rasuah selesai

Sekianlah artikel ADUN DAP desak Guen Eng ambil cuti hingga kes rasuah selesai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ADUN DAP desak Guen Eng ambil cuti hingga kes rasuah selesai linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/adun-dap-desak-guen-eng-ambil-cuti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ADUN DAP desak Guen Eng ambil cuti hingga kes rasuah selesai"

Posting Komentar