Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar

Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar
link : Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar

Baca juga


Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar

Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar | Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan berlangsung esok di Pahang dibatalkan.

Menurut sumber, pembatalan itu dibuat dengan alasan Lembah Klang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Ya, mesyuarat MT esok dibatalkan kerana PKPB," katanya kepada Malaysiakini, malam ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan menerusi Twitternya memaklumkan mesyuarat MT Umno ditangguhkan sehingga selesai PKPB.

Menurut Ahmad, Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai perjalanan rentas negeri melalui Selangor dan Kuala Lumpur memerlukan kebenaran polis walau mesyuarat diadakan di negeri yang tidak dikenakan PKPB.

Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar 


"Kes Covid19 yg makin tinggi juga sukarkan pertemuan 57 ahli MKT secara bersemuka," katanya di Twitter.

Pada 16 Ok lalu, Ahmad memaklumkan MT Umno akan bertemu pada Selasa ini bagi mengadakan mesyuarat secara bersemuka di satu lokasi tidak didedahkan di Pahang.

"Kita memilih Pahang bagi mesyuarat berkenaan, berikutan lokasi di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya seperti dipetik BH Online.

Ahmad bagaimanapun tidak memberikan maklum balas kepada soalan Malaysiakini tentang bagaimana ahli MT yang berpusat di Lembah Klang dapat merentas daerah atau negeri serta menghadiri mesyuarat berkenaan.

Kerajaan pada 12 Okt lalu mengumumkan PKPB dikenakan semula ke atas ke atas Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini.

Antara sekatan di bawah PKPB ialah larangan merentas negeri kecuali untuk hal-hal kecemasan dan kerja.

Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar 


Mesyuarat MT itu menjadi perhatian banyak pihak memandangkan ia dijangka memperhalusi keputusan biro politik Umno yang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN).

Tambahan pula, mesyuarat itu berlaku di tengah-tengah timbulnya persoalan sama ada Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan yang cukup daripada ahli parlimen untuk terus kekal sebagai perdana menteri atau pun tidak.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan penangguhan mesyuarat itu juga dibuat kerana terkait dengan penyebaran surat sokongan Umno kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Kelmarin tersebar satu surat yang didakwa dihantar oleh Umno yang ditandatangani Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan disokong bekas perdana menteri Najib Razak.

Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar 


Bagaimanapun Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan menafikan surat tersebut dikeluarkan parti itu dan menyifatkannya sebagai tindakan berniat jahat.

Sementara itu seorang MT Umno yang enggan namanya disiarkan turut mengesahkan pembatalan mesyuarat MT esok. -mk







Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar

Sekianlah artikel Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/10/punca-mesyuarat-mt-umno-ditangguhkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Punca Mesyuarat MT Umno Ditangguhkan Tersebar"

Posting Komentar