Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar

Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar
link : Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar

Baca juga


Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar

Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar | Salah satu kejutan terbesar dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah setakat ini adalah apabila PAS dikecualikan daripada barisan Gabungan Rakyat Sabah, walaupun parti Islam itu secara terbuka menuntut 10 kerusi untuk ditandingi.

Bagi pensyarah geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Azmi Hassan, keputusan itu tiada kena mengena dengan reputasi PAS, sebaliknya merupakan strategi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meraih sokongan kepadanya dan Perikatan Nasional.

"Sebab itu saya melihat keengganan PN memberi peluang kepada PAS walaupun kepimpinan PAS telah memberi sokongan tanpa belah bahagi kepada PN menyerlahkan bagaimana PN mentafsirkan betapa kritikalnya sokongan yang diperlukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama sekali dari PPBM (Bersatu) Sabah.

"Isunya tiada kena mengena dengan kemelut Bible atau sikap konservatif PAS tetapi jika PN memberi peluang walau satu kerusi kepada PAS, ini sudah tentu akan membangkitkan kemarahan ahli PPBM Sabah yang sudah tentu mengugat keutuhan PN," katanya.

Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar 


Muhyiddin kini mendapat sokongan sekurang-kurangnya 113 anggota Parlimen di Dewan Rakyat, di mana enam daripadanya adalah anggota parlimen Bersatu dari Sabah.

Sekiranya PAS bertanding dalam pilihan raya Sabah, ini bermaksud Bersatu Sabah dan Umno Sabah harus menyerahkan beberapa kerusi kepada PAS, memandangkan ketiga-tiga parti itu bertanding di kawasan majoriti Muslim.

Walaupun pemimpin tertinggi PAS mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara itu kepada akar umbi parti, Azmi percaya sedikit sebanyak ia bakal menggugat kepercayaan mereka terhadap PN.

James Chin , yang merupakan profesor pengajian Asia di University of Tasmania dan pakar politik Malaysia Timur berkata PN mungkin mengecualikan PAS kerana sifatnya yang pragmatik.

"PAS selalu melakukan perkara yang sangat buruk di Sabah, dan mereka tahu sama ada mereka bertanding atau tidak, tak memberi kesan.

"Jadi, dalam kes ini, kerana BN dan PN bertanding, mereka telah tersingkir. Dengan kata lain, jika mereka bertanding di sana, mereka juga akan kalah semua kerusi di sana," kata Chin kepada Malaysiakini.

Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar 


Tidak seperti Azmi, Chin tidak percaya episod ini akan menjerat hubungan antara PAS dan PN, kerana Bersatu Sabah dan Umno Sabah adalah pemain utama di negeri ini.

Sementara itu, Profesor Madya Universiti Utara Malaysia, Azizuddin Mohd Sani juga memberitahu Malaysiakini bahawa keputusan mengecualikan PAS tiada kaitan dengan ucapan anggota parlimen PAS mengenai isu Bible kerana parti itu sudah tidak popular di Sabah.

Pensyarah kanan Jabatan Komunikasi Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung pula percaya kenyataan berkenaan akan memberi kesan sekiranya PAS bertanding, memandangkan Sabah mempunyai jumlah penduduk Kristian yang ramai.

"Ini boleh menjadi salah satu isu hangat, kerana tentunya Warisan dan sekutunya akan memainkannya.

Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar 


"Kita dapat melihatnya sekarang, dengan Warisan menggunakan kata 'Unity' sebagai kata kunci dalam kempen mereka," katanya. - mk





Berminat beriklan di web Addin?
Klik link di bawah:-


Iklan
peluang-jadi-jutawan-jana-income-pendapatan-berganda-di-forsage-simpan-kumpul-dan-gandakan-aset-digital-bitcoin-ethereum
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadipanduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo







Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar

Sekianlah artikel Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/09/punca-pas-tidak-dibenarkan-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Punca PAS Tidak Dibenarkan Bertanding Di PRN Sabah Tersebar"

Posting Komentar