Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu dan Ayah Meninggal Dunia

Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu dan Ayah Meninggal Dunia - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu dan Ayah Meninggal Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu dan Ayah Meninggal Dunia
link : Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu dan Ayah Meninggal Dunia

Baca juga


Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu dan Ayah Meninggal Dunia

Apakah yang patut anda lakukan semasa hidup supaya harta pusaka anda tidak memberi masalah kepada ahli keluarga kemudian hari?
Antara soalan yang orang suka tanya apakah hukum faraid apabila ibu dan ayah meninggal dunia.
Ibu ayah anda masih hidup? Elok baca sekarang kerana anda mungkin tidak terjumpa artikel ini lagi.
Selepas ibu atau ayah meninggal dunia, sebelum harta pusaka dibahagikan, waris terutama anak-anak hendaklah menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan harta arwah ibu atau ayah seperti belanja pengkebumian, menyelesaikan hutangnya dan menunaikan wasiat beliau.
Tanggungjawab waris ialah menyelesaikan hutang sebelum membahagi harta pusaka kepada waris iaitu mengikut hukum faraid.
Tanggungjawab waris ialah menyelesaikan hutang si mati sebelum membahagi harta pusaka mengikut hukum Faraid

Kos Pengebumian Dan Pengurusan Jenazah Ibu dan Ayah – Proses Hukum Faraid Bermula

Sebelum harta dibahagi mengikut hukum faraid, harta arwah ibu atau ayah boleh digunakan bagi menyelesaikan kos yang wajib seperti belanja pengebumian dan pengurusan jenazah.
Lain-lain kos termasuklah kain kapan, keranda, upah memandikan mayat, upah menggali kubur dan upah membawa mayat ke kubur.
Pemberian wang kepada orang yang bersembahyang jenazah, membuat tahlil dan kenduri arwah ibu dan ayah bukanlah wajib. Jadi, ia tidak boleh diambil dari duit ibu ayah. Jadi waris-waris yang menanggung kosnya.

Menyelesaikan Hutang Ibu dan Ayah – Proses Ke-2 Hukum Faraid

Setelah ibu atau ayah dikebumikan, waris hendaklah menyelesaikan hutang mereka dari duit arwahitu .
Ini bab hukum faraid yang kritikal terutama jika hutang yang ayah atau emak yang tidak ada rekod.
Bagi pinjaman bank dan kad kredit biasa waris akan tahu sebab surat bank sampai ke rumah.
Mengikut pendapat jumhur ulama, hutang kepada Allah hendaklah dibayar dahulu sebelum menyelesaikan hutang dengan manusia. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud ‘hutang Allah lebih berhak ditunaikan.’

Hutang Kepada Allah

Hutang kepada Allah jika ada hendaklah diselesaikan, iaitu:
  • Zakat – segala jenis zakat yang cukup haul dan nisab tetapi belum ditunaikan
  • Kifarat – Bersetubuh di siang hari di bulan puasa tetapi denda belum ditunaikan
  • Nazar – Hajat si mati yang tidak sempat dilaksanakan
  • Haji – Haji yang belum dikerjakan
  • Fidyah – Denda puasa yang ditinggalkan

Hutang Dengan Orang Lain

Semua jenis hutang ibu dan ayah dengan bank dan orang hendaklah dijelaskan, kecuali si piutang menghalalkannya.
Biasanya anak atau waris akan mengumumkan kepada orang ramai selepas ditunaikan solat jenazah atau sewaktu membawa mayat keluar dari rumah ke kubur.

Menunaikan Wasiat Emak dan Ayah – Proses Ke-3 Hukum Faraid

Setelah menyelesaikan hutang arwah emak atau ayah, maka waris hendaklah menunaikan wasiat si mati, jika ada.
Wasiat yang sah di sisi hukum faraid ialah pemberian tidak lebih 1/3 harta si mati kepada bukan waris termasuk wakaf dan sedekah.
Untuk menunaikan wasiat ayah, waris hendaklah memastikan samada wasiat itu sah atau tidak mengikut hukum syarak. Sekiranya ia sah, maka wajib waris melaksanakannya.
Sekiranya wasiat itu tidak sah dari segi hukum syarak, atau diragui kesahihannya, maka ia terpulang kepada budibicara anak-anak atau waris mahu melaksanakan atau tidak.

Tuntutan Harta Sepencarian Emak

Sekiranya emak (isteri) ada membuat tuntutan harta sepencarian ke atas harta ayah, maka ia hendaklah diselesaikan dahulu sebelum mengagih kepada waris.
Begitu juga, semasa hidup ayah ada membuat tuntutan harta sepencarian dari harta emak (jarang sangat).
Selepas bahagian harta sepencarian diselesaikan, baru baki harta pusaka ibu atau ayah diagihkan kepada waris yang berhak, iaitu ibu bapa ayah dan emak jika meraka masih hidup, isteri/suami dan anak kandung.

Waris Mengambil Baki Harta Ibu atau Ayah

Waris akan mengambi baki harta ibu atau ayah dengan kadar berikut:
  • Hak ibu 1/6
  • Hak bapa 1/6
  • Hak isteri 1/8
  • Hak suami 1/4
  • Baki harta akan dibahagikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan kadar 2:1 (dua bahagian anak lelaki dan satu bahagian anak perempuan

Isu-Isu Pengurusan Harta Si Mati

Perebutan harta pusaka boleh menyebabkan pembunuhan seperti adik bunuh abang
Adik bunuh abang kerana berebut harta pusaka
Foto: The Star
Kita kerap terbaca kesah pergaduhan mengenai harta pusaka selepas kematian seseorang walaupun hukum Faraid mengenai pembahagian harta jelas dalam al-Quran.
Dua sebab utama ialah kejahilan hukum faraid dan yang kedua sengaja ingkar hukum Faraid kerana tamak dan zalim. Antara isunya ialah:
  • Waris mengambil harta si mati seperti barang kemas dan peralatan rumah tanpa persetujuan semua waris.
  • Penama yang menerima wang KWSP dan Tabung Haji tidak membahagikan kepada waris yang berhak
  • Ada waris diketepikan dalam pembahagian harta pusaka seperti isteri dan anak-anak si mati
  • Kita dengar ada ada waris yang berjaya mengeluarkan simpanan si mati dan mengambilnya tanpa membahagi mengikut hukum faraid.
  • Waris berkelahi dan bermasam muka kerana ada merasakan pembahagian harta tidak adil.
  • Ada anak membunuh ahli keluarga kerana berebut harta pusaka.
  • Harta pusaka lewat diselesaikan kerana waris gagal duduk bersama dan memilih pentadbir harta pusaka yang dipercayai
  • Waris-waris sibuk dengan kerjaya dan famili yang menyebabkan pengurusan harta pusaka ibu atau bapa terbiar.

Apakah Penyelesaian Terbaik Dalam Mengurus Harta Pusaka?

Penyelesaian yang terbaik ialah, semasa hidup seseorang itu membuat wasiat dan melantik waris atau melantik syarikat amanah sebagai pentadbir harta pusaka.
Dalam zaman modern ini, orang cenderung membuat wasiat dan melantik syarikat amanah menguruskan harta pusaka mereka. Ini kerana syarikat amanah mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam menguruskan harta pusaka yang berlandaskan hukum Faraid.
Pemilihan syarikat amanah dapat membantu mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka dan semua waris akan berpuas hati.
Sekiranya tuan memerlukan penjelasan lanjut atau mahu membuat wasiat, sila hubungi saya Abd Rahaman 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.
Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.
 
 
Rujukan: Wan Abduk Halim Wan Harun, ‘Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka’
Pautan Terbaik:
Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com






Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu dan Ayah Meninggal Dunia

Sekianlah artikel Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu dan Ayah Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu dan Ayah Meninggal Dunia linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/08/hukum-faraid-wajib-anak-tahu-apabila.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu dan Ayah Meninggal Dunia"

Posting Komentar