Pemimpin Umno Kurang Selesa Calonkan Semula Muhyiddin Sebagai PM

Pemimpin Umno Kurang Selesa Calonkan Semula Muhyiddin Sebagai PM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin Umno Kurang Selesa Calonkan Semula Muhyiddin Sebagai PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin Umno Kurang Selesa Calonkan Semula Muhyiddin Sebagai PM
link : Pemimpin Umno Kurang Selesa Calonkan Semula Muhyiddin Sebagai PM

Baca juga


Pemimpin Umno Kurang Selesa Calonkan Semula Muhyiddin Sebagai PM

Seorang pemimpin Umno dari utara meminta agar pertikaian kewajaran Muhyiddin Yassin terus disokong sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak dipanjangkan.

Timbalan Pengerusi Umno Perlis Zahidi Zainul Abidin berkata jika hal itu terus diperkatakan ia boleh membawa kepada perpecahan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Ada banyak agenda perlu dibincangkan di peringkat PN seperti isu pembahagian kerusi pilihan raya antara parti dan sebagainya," kata beliau seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Bagaimanapun Zahidi berkata pendirian tersebut dibuat atas kapasiti peribadinya.

“Saya (secara) peribadi bersetuju Muhyiddin sebagai perdana menteri dan saya minta semua hentikan sebarang perkara yang boleh memberi kesan kepada peluang kemenangan PN pada PRU ke-15,” katanya.

Isu sokongan agar Muhyiddin dikekalkan sebagai perdana menteri bukanlah sesuatu yang baru namun menjadi perhatian lebih ramai apabila pemimpin kanan PN mengumumkan sokongan berkenaan secara terbuka baru-baru ini.

Antaranya ialah presiden Umno dan PAS.

Namun ia mengundang teguran daripada beberapa pemimpin lain dalam Umno. Anttaranya bekas menteri besar Johor Mohamed Khaled Nordin dan bekas ahli parlimen Johor Bahru Shahrir Samad.

Elak perpecahan dalam gabungan

Hal itu kerana mereka berpendapat ada ramai lagi tokoh dalam Umno sendiri yang layak diangkat sebagai perdana menteri, bukannya Muhyiddin yang kini menjadi presiden Bersatu.

Sebelum ini Muhyiddin memang pemimpin kanan Umno namun dipecat kerana bersikap lantang mengkritik presiden ketika itu, Najib Razak. Beliau kemudian menubuhkan Bersatu.

PAS mendakwa mereka mementingkan kestabilan justeru memberikan sokongan kepada Muhyiddin walaupun parti itu mengaku mempunyai ramai calon yang layak.

Presiden Putra, Ibrahim Ali, pula menyindir Muafakat Nasional kerana tidak mempunyai calon yang difikirkan layak menjadi perdana menteri sehingga mendukung Muhyiddin.

Untuk rekod Muafakat Nasional hanya menggabungkan Umno dan PAS, manakala PN setakat ini masih merupakan pertubuhan tidak berdaftar secara sah mengikut peraturan.

Zahidi yang juga timbalan menteri komunikasi dan multimedia berkata langkah meletakkan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri untuk PN begitu penting untuk mengelakkan sebarang perpecahan dalam kalangan gabungan berkenaan. - mk







Pemimpin Umno Kurang Selesa Calonkan Semula Muhyiddin Sebagai PM

Sekianlah artikel Pemimpin Umno Kurang Selesa Calonkan Semula Muhyiddin Sebagai PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pemimpin Umno Kurang Selesa Calonkan Semula Muhyiddin Sebagai PM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/07/pemimpin-umno-kurang-selesa-calonkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemimpin Umno Kurang Selesa Calonkan Semula Muhyiddin Sebagai PM"

Posting Komentar