Judul : Lagi Ahli BERSATU Dipecat
link : Lagi Ahli BERSATU Dipecat
Lagi Ahli BERSATU Dipecat
Lagi Ahli BERSATU Dipecat | Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Sharuddin Mat Salleh dipecat keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Perkara itu disahkan oleh Setiusaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin dalam kenyataan media, hari ini.
"Bersatu mengesahkan Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Sharuddin Mat Salleh telah mengeluarkan notis pemakluman Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkaitan kedudukan kerusi beliau yang tidak bersama blok kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin merangkap presiden dan pemangku pengerusi Bersatu.
Terdahulu, Sharuddin merupakan timbalan menteri kerja raya yang dilantik Muhyiddin selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan bertindak meletak jawatan itu pada awal bulan lalu.
Lagi Ahli BERSATU Dipecat
Sharuddin berkata, beliau melakukan ijtihad politik kurang tepat dengan menyokong kerajaan PN.
Perletakan jawatan beliau itu dibuat ketika pergolakan kepimpinan Bersatu antara Muhyiddin dengan bekas pengerusinya Dr Mahathir Mohamad yang juga dipecat daripada parti itu sebelum ini.
Sementara itu, Hamzah memberi peringatan kepada ahli-ahli Bersatu supaya tidak terlibat dalam kempen menjejaskan Bersatu oleh bekas pimpinannya yang telah disingkirkan.
"Bersatu memberi amaran kepada mana-mana ahli yang menyokong atau bersama bekas pemimpin Bersatu yang telah terlucut keahlian dalam kempen-kempen yang bertujuan untuk memburukkan nama baik parti.
Lagi Ahli BERSATU Dipecat
"Dalam hal ini, Bersatu tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin yang tegas terhadap mana-mana ahli yang telah melanggar dan menyalahi perlembagaan parti," katanya yang juga menteri dalam negeri.
Lagi Ahli BERSATU Dipecat
Sekianlah artikel Lagi Ahli BERSATU Dipecat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Lagi Ahli BERSATU Dipecat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/07/lagi-ahli-bersatu-dipecat.html
0 Response to "Lagi Ahli BERSATU Dipecat"
Posting Komentar