Judul : Membeli Rumah Lelong, Mengapa Ada Yang Gagal?
link : Membeli Rumah Lelong, Mengapa Ada Yang Gagal?
Membeli Rumah Lelong, Mengapa Ada Yang Gagal?
Mesti Bijak Memilih Peguam Dalam Membeli Rumah Lelong
Ada pembeli yang gagal membeli rumah lelong kerana gagal memilih yang berpengalaman dan mahir dalam selok belok lelongan. Akhirnya, pembeli juga yang menanggung rugi.

Setiap jenis lelongan di atas mempunyai tempoh masa berbeza bagi menyelesaikan baki pembelian rumah lelong, iaitu antara 90 hari atau 120 hari sahaja.
Kebanyakan pembeli yang gagal dalam proses lelongan ialah kerana mereka tidak mendapat khidmat nasihat yang betul daripada peguam yang dilantik.
Pembeli boleh hilang wang pendahuluan 10% jika peguam tidak berpengalaman atau tidak mahir dalam lelongan.
Jika peguam gagal membuat kerja dalam tempoh masa yang diberi, maka yang terperangkap ialah pembeli.
Pembeli hendaklah peka dan mengambil tahu perkara asas membeli propertimlelong dan proses pembelian rumah lelong. Malah, pembeli mempunyai hak meminta peguam mempercepatkan proses pemilikan rumah lelong sebelum tamat tempoh.
Pilih peguam biasa dan mahir dengan urusan membeli hartanah lelong atau dalam bidang hartanah kerana pemilihan peguam sangat membantu dalam proses jual beli hartanah.
Oleh itu, proses pemilihan peguam yang betul sangat penting dalam menyempurnakan pemilikan rumah lelong dalam tempoh yang ditetapkan.
Tip Membeli Rumah Lelong
Ada peguam yang mahir dalam dokumen jual beli rumah (S&P), tetapi tidak mahir dengan perjanjian pinjaman dengan bank.
Pembeli boleh bertanya kepada bank yang terbabit sama ada mempunyai panel peguam kerana pembeli boleh menggunakan peguam bank itu.
Kelayakan membuat pinjaman dari bank perlu disemak oleh pembeli sebelum menyertai proses lelongan.
Seseorang pembeli perlu membuat kajian dahulu mengenai cara membeli hartanah lelong seperti carian persendirian ke atas rumah, memahami syarat jualan dan membuat susulan untuk, mempercepatkan proses pemilikan rumah lelongan berjalan lancar.
Perlu diketahui pembeli juga kena menanggung kos yuran penyelenggaraan dan penilaian jika ada, caj lain seperti cukai pintu dan yuran guaman.
Sebagai pembeli rumah lelong, beliau boleh memilih peguam yang dicadangkan oleh kawan-kawan, ahli keluarga atau mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan peguam terbabit.
Lima Langkah Perlu Diambil Sebelum Menyertai Lelongan
- Kenalpasti Rumah Lelong
- Bertemu dengan Pemaju dan Pejabat Tanah
- Periksa Rumah Lelong dan Kawasan Sekitar
- Dapatkan bantuan Peguam
- Bersiap Sedia untuk Lelongan
Bagaimana Membeli Hartanah Lelong – Dapatkan Panduan Lengkap Di sini
Jika anda berminat menyertai bisnes rumah lelong, ini ada satu pautan yang bagus atau klik imej buku di atass
- Artikel di atas telah diadaptasi dari artikel asal ‘Bijak Pilih Peguam’, BH klassifieds, Isnin 30 Mac, 2020.
- PropertyGuru Cara Beli Rumah Lelong di Malaysia
Untuk keterangan lanjut sila layari https://rahamanrasid.com/2020/03/30/membeli-rumah-lelong/
Membeli Rumah Lelong, Mengapa Ada Yang Gagal?
Sekianlah artikel Membeli Rumah Lelong, Mengapa Ada Yang Gagal? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Membeli Rumah Lelong, Mengapa Ada Yang Gagal? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/06/membeli-rumah-lelong-mengapa-ada-yang.html
0 Response to "Membeli Rumah Lelong, Mengapa Ada Yang Gagal?"
Posting Komentar