Judul : Jual Di Lazada – Sayur Cameron Highlands
link : Jual Di Lazada – Sayur Cameron Highlands
Jual Di Lazada – Sayur Cameron Highlands
Sayur jual di Lazada? Tertarik saya membaca berita ‘Sayur Cameron dijual di Lazada’ dalam akhbar Sinar Harian, 30 Mac 2020.
Setahu saya, belum ada bahan-bahan mentah makanan seperti sayur jual di Lazada. Kebanyakannya yang dijual di Lazada ialah barang-barang seperti pakaian, barang eletrik dan peralatan komputer.
Kesan Covid-19 Ke Atas Aktiviti Penanaman Sayur di Cameron Highlands
Akibat wabak virus Covid-19, kira-kira 2,300 pekebun sayur Cameron Highlands terjejas teruk sehingga mengalami kerugian sejuta ringgit sehari. Manakala pekebun bunga sudah rugi RM11 juta.
Ini kerana adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana bekalan sayur tidak dapat dipasarkan kerana banyak pusat-pusat pengedaran dan peruncitan sayur ditutup. Dan, orang ramai pun banyak berkurung di rumah.
Lazada mengambil inisiatif bagi membolehkan perniagaan sayuran terus berjalan melalui platform e-dagang. Bukan sahaja sayuran Cameron Highlands di jual di Lazada, malah keperluan barangan runcit.
Jika kita membuka portal Lazada barang-barang runcit banyak terjual di Lazada.
Kentang, bawang putih, bawang besar, terung, kobis, lobak merah, pisang, limau dan macam-macam lagi ada di jual di Lazada.
Akibat sibuk dan masa yang berharga terutama penduduk bandar, semakin banyak barang keperluan harian di jual di Lazada dan platform e-dagang yang lain seperti Shopee.
Dan trend ini semakin meningkat kerana sikap orang ramai terutama keselamatan bayaran dan penghantaran ke rumah semakin dipercayai.
Orang ramai semakin menyukai pembelian destinasi sehenti (one stop) untuk barangan runcit apa sahaja ada di dapur seperti beras, sayuran, daging, makanan laut, susu, gula, sardin, minyak, susu dan lain-lain lagi.
Peluang Berniaga Online Di Lazada

Semakin ramai orang membeli barang secara online, maka semakin banyak orang jual di Lazada atau Shopee dan sebagainya.
Pembeli dan penjual kena berdaftar secara percuma untuk menjual secara online.
Sebagai penjual online, asasnya anda kena akaun bank, komputer atau telefon bimbit dengan akses internet dan ada barang yang nak dijual.
Semakin ramai orang berniaga online di Lazada dan Shopee kerana semakin ramai orang yang bergantung kepada online untuk membeli belah.
Lazada juga memberi peluang kepada peniaga kecil atau orang yang mahu memulakan perniagaan walaupun tak ada modal nak sewa tempat berniaga.
Ada Telefon Bimbit, Dan Boleh Berniaga di Lazada
Pejabat mereka hanyalah di telefon bimbit. Yang gunakan komputer, pejabat mereka adalah di rumah atau restoren makanan segera seperti di Old Town atau di Kentucky Fried Chicken.
Transeksi perniagaan di Lazada pun mudah. Pembeli order barang online di Lazada dan membayarnya secara online ke Lazada.
Sebagai penjual, anda akan menghantar barang kepada pembeli. Penjual akan menerima bayaran setelah pembeli mengesahkan ia telah menerima barang.
Penjual tak perlu fikir bila nak bukak kedai. Ini kerana malam-malam pun ada orang order dan esoknya anda boleh pos gunakan Poslaju atau syarikat penghantaran yang lain.
Sebagai peniaga Lazada, kos overhead lain seperti bil api, bil air, insurans pejabat, gaji kaki tangan dan parking peniaga online tak perlu nak fikir kerana penjual tidak ada kedai fizikal.
Jika anda serious untuk berniaga di Lazada dan takda pengalaman, anda disyor memiliki ebook Bisnes Lazada.
Ebook Bisnes Lazada adalah satu permulaan yang betul dan bagus untuk berniaga di Lazada. Buku ini banyak mendedahkan tips jualan di Lazada termasuk cara upload produk di Lazada.
Ebook ini ditulis oleh orang yang berjaya berniaga di Lazada, jadi anda tak perlu buang masa try and error untuk berjaya di Lazada.
Untuk keterangan lanjut sila layari https://rahamanrasid.com/2020/03/30/jual-di-lazada/
Jual Di Lazada – Sayur Cameron Highlands
Sekianlah artikel Jual Di Lazada – Sayur Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Jual Di Lazada – Sayur Cameron Highlands linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/06/jual-di-lazada-sayur-cameron-highlands.html
0 Response to "Jual Di Lazada – Sayur Cameron Highlands"
Posting Komentar