PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir

PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir
link : PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir

Baca juga


PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir

PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir | Menteri Besar Kedah yang baru Muhammad Sanusi Md Nor menafikan PAS mungkir janji untuk menyokong Mukhriz Mahathir kekal di jawatan itu sehingga tamat penggal ini.

"(Ketika itu) saya pergi jumpa dia untuk nyatakan sokongan agar (Mukhriz) terus jadi menteri besar. Memang saya ada pergi (jumpa Mukhriz).

"Ia agar dia boleh memperbaiki pertembungan (politik) yang merugikan rakyat. Tetapi nampaknya pertembungan itu makin tajam.

"Maka berlakulah apa yang berlaku hari ini," katanya ketika sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah jawatan di Wisma Darul Aman, di Alor Setar, hari ini.

PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir


"Saya rasa berlaku perubahan (kerajaan) bukan kerana pujukan PAS tapi kerana mereka (Adun yang menukar sokongan) tak mahu kepada PH," katanya lagi.

Sanusi berkata demikian ketika ditanya berkenaan kenyataan Mukhriz bahawa PAS sebelum ini memberi jaminan tidak akan menggesa Adun-adun PH untuk menukar sokongan, selain setuju untuknya terus menjadi menteri besar sehingga akhir penggal.

Pada masa sama, menurut Mukhriz, PAS meminta agar kerajaan negeri "tidak memandang mereka" sebagai pembangkang dan memberikan peruntukan tambahan kepada pusat khidmat DUN PAS dan Umno.

Mukhriz dakwa PAS mungkir janji untuk beliau kekal MB hingga tamat penggal

Selepas menjelaskan pertemuannya dengan Mukhriz itu, Sanusi turut ditanya jika PAS sememangnya memberikan jaminan tersebut, dan beliau berkata: "Tidak betul."

Susulan keluarnya Bersatu daripada PH, beberapa negeri menyaksikan pertukaran kerajaan kepada Perikatan Nasional (PN), iaitu Johor, Perak dan Melaka.

Bagaimanapun pada masa itu Mukhriz mengekalkan kerjasama Bersatu dengan PH di Kedah, membolehkan pentadbiran negeri terus kekal sehinggalah peralihan sokongan enam Adun - dua bekas PKR dan empat daripada Bersatu - kepada PN minggu lalu.

PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir


Sementara itu, Sanusi menyuarakan harapan agar pembangkang terus menunjukkan kerjasama yang baik dan membina bagi manfaat penduduk dan negeri Kedah.

Beliau juga memberi jaminan pentadbiran baru akan bersikap saksama kepada semua pihak.

"Tidak akan ada ketidakadilan terhadap mana-mana pihak, termasuk kakitangan kerajaan dalam kategori lantikan politik sebelum ini," katanya.

Berkenaan projek pembangunan yang dijalankan pentadbiran terdahulu, beliau berkata ia akan diteruskan dengan penambahbaikan.

Sanusi berkata, Kedah antara negeri termiskin di Malaysia yang memerlukan langkah drastik bagi memacu ekonomi penduduknya di pelbagai peringkat.

PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir


Beliau mencadangkan program jihad membasmi kemiskinan melibatkan anak yatim dan masyarakat Orang Asli yang akan dirangka bersama-sama Lembaga Zakat Negeri Kedah.

"Ia tidak memberi tumpuan kepada orang Islam sahaja. Exco yang bertanggungjawab untuk hal ehwal orang bukan Islam akan dilantik beberapa hari lagi akan turut komited dalam membasmi kemiskinan melalui lebih banyak program yang berkesan," katanya yang juga Adun Jeneri.




Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..



Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo






PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir

Sekianlah artikel PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/05/pas-mungkir-janji-dengan-mukhriz.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Mungkir Janji Dengan Mukhriz Mahathir"

Posting Komentar