Judul : Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten
link : Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten
Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten
Rahsia orang boleh jual beribu-barang dengan satu pembekal dropship sahaja!
Ramai tak tahu kita boleh belajar dropship dengan cepat dan mudah dengan Shopee dan Kumoten.
Saya sendiri berpengalaman membuat dropship dengan Shopee. Saya tak pernah pun hadir kursus dropship sebab konsep dropship amat mudah.
Tapi saya akan cerita cara belajar dropship dengan shopee dalam artikel ini.
Cabaran besar dalam dropship ialah macam mana kita boleh buat banyak duit dengan masa yang paling minima. Ini kerana kalau jual benda kecik-kecik dan banyak memang leceh, untung pun tidak berapa sen.Tapi pernah tak anda nampak, ada peniaga di shopee boleh jual hingg dan beribu-ribu produk.
Adakah anda tahu Shopee benarkan seseorang itu sehingga 10,000 barang. Tak logik kan? Masa bila nak cari pembekal dan nak layan customer dan bila nak pos barang.
Macam Mana Belajar Dropship Dengan Shopee?
Kelebihan belajar dropship dengan Shopee ialah anda tak perlu daftar perniagaan. Jika anda sudah jadi pembeli, anda boleh jadi penjual tanpa perlu buka akaun baru – kan mudah bagi orang nak dropship!
Dengan Shopee, anda boleh belajar buat dan buat dropship tanpa perlu membazir masa ambil order, bungkus barang, wasap bayaran dan pos.
Sekarang zaman IT, dropship pun dah boleh buat secara automatik. Jom saya tunjukkan asasnya.
Belajar Buat Dropship Shopee – Kumoten

Bila anda belajar dropship dengan Shopee anda mesti register dengan dua syarikat, iaitu Shopee dan Kumoten.
Siapa itu Shopee? Shopee ibarat Mid Valley iaitu tempat orang membeli barang.
Siapa itu Kumoten? Kumoten ialah syarikat pembekal barang kepada anda.
Bila anda sudah register dengan Shopee dan Kumoten, bermakna anda akan menjual barang di Shopee dan anda juga agen dropship kepada Kumoten atau dipanggil dropshipper.
Langkah Pertama: ‘Kahwinkan’ Shopee Dengan Kumoten
Dalam bahasa IT kahwinkan itu dipanggil integrate. Jadi sistem IT dengan sistem IT boleh bercakap satu sama lain.
Apa yang anda arahkan nanti, Shopee dan Kumoten boleh faham.
Langkah Kedua: Memilih Produk Di Kumoten
Sebelum anda nak memilih produk di Kumoten, lebih baik anda tengok di Shopee barang apa ada di Shopee. Ini kerana apa yang dijual di Shopee kebanyakan dibekalkan oleh Kumoten.
Bila kita di depan komputer kita ibarat membuka dua kedai serentak: Shopee dan Kumoten.
Langkah Ketiga: Memindahkan Barang Dari Kumoten Kepada Shopee
Pada portal Kumoten, anda hanya perlu tandakan seberapa nama barang yang hendak dipindahkan kepada portal jualan anda di Shopee.
Setelah anda memilih barang dari Kumoten, anda boleh memindahkan (macam upload) barang anda ke Shopee dengan menekan butang-butang tertentu. Proses ini dipanggil sync.
Setelah anda memindahkan barang ke Shopee, anda boleh refresh skrin Shopee, dan anda akan dapati senarai barang untuk dibeli oleh pembeli. Nama barang, foto sudah ada disiapkan dalam Shopee. Senangkan?
Proses Jualan Dropship Automasi

Dari rajah di atas menunjukkan proses jualan adalah secara automatik dan anda boleh relaks tanpa memikirkan nak bungkus barang, nak pos dan tunggu bayaran dari pembeli. Tengok proses di atas:
Proses Pertama – pembeli memilih barang dan membuat order
Proses Ke-2 – pesanan pembeli secara automatik dihantar ke Kumoten
Proses Ke-3 – anda membayar kos produk kepada Kumoten
Proses Ke-4 – Kumoten menghantar barang kepada pelanggan
Proses Ke-5 – Setelah pembeli mengesahkan penerimaan barang, Shopee akan membayar harga jualan ke akaun anda di Shopee. Anda boleh mengarahkan Shopee membayar pendapatan jualan ke bank anda. Menarik kan?
Enam Kebaikan Dropship Shopee – Kumoten

Dari jadual di atas, ada 6 kebaikan anda buat droship dengan Shopee iaitu:
Pertama: Pesanan secara automatik – Anda tak perlu ambik kesah untuk copy paste pesanan pembeli.
Ke-2: Nombor tracking – anda tak perlu nak tulis dan hantar nombor tracking order kepada pembeli. Semua sistem akan lakukan.
Ke-3: Fokus kepada pemasaran dan jualan – anda hanya mencari pembeli sahaja kerana kerja pesanan, pembungkusan dan pembayaran diuruskan secara automatik antara Shopee dengan Kumoten.
Ke-4: Baki stok diurus secara automatik – anda tak perlu kira berapa baki stok yang ada dalam tangan setelah banyak jualan.
Ke-5: Tidak ada minimum jualan – anda tidak dikenakan syarat berapa banyak anda kena jual. Satu pun boleh jual.
Ke-6: Pelanggan tak tahu pun Kumoten – Walaupun barang itu dipos oleh Kumoten, tetapi pelanggan tak tahu kerana takda cop Kumoten pada barang. Yang mereka tahu hanya shopping di Shopee. Menarik kan?
Dapatkan Panduan Lengkap Belajar Dropship Dengan Shopee
Artikel ini hanya memberi konsep dan pendedahan am yang boleh membuka minda untuk belajar dropship secara praktikal.
Banyak lagi anda kena belajar dropship seperti asas pemilihan barang, penggunaan baucer diskaun, free shipping, pemilihan courier service yang disyorkan oleh Shopee/Kumoten, cara tambah barang dropship, deposit dengan Shopee/Kumoten, cara menyusun nama barang dalam kedai anda di Shopee dan sebagainya.
Saya cadangkan anda membeli Buku Panduan Shopee kerana ia bukan sahaja mengajar cara menjual di Shopee malah mengajar buat bisnes dropship dengan Kumoten.
Dapatkan panduan ebook percuma dahulu. Klik sini:
Untuk keterangan lanjut sila layari https://rahamanrasid.com/2020/05/06/belajar-dropship-shopee-kumoten/
Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten
Sekianlah artikel Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/05/belajar-dropship-dengan-shopee-dan.html
0 Response to "Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten"
Posting Komentar