Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok

Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok
link : Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok

Baca juga


Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok

Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil maklum keluhan pengguna yang sukar mendapatkan bekalan topeng muka susulan penularan wabak 2019 novel koronavirus (2019-nCoV).

Kata menterinya Saifuddin Nasution Ismail, hal itu disebabkan ramai pembekal dan pengeluar topeng muka yang bercuti panjang sempena sambutan tahun baru Cina baru-baru ini.

"Sekarang ini permintaan begitu tinggi dan bekalan sekarang tidak dapat menampung permintaan. (Saya dimaklumkan) bekalan berkurangan kerana banyak kilang yang tutup kerana cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Kita dah maklum pada pihak pengeluar dan mereka akan meningkatkan pengeluaran mereka dan beroperasi seperti biasa,” katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, pihaknya telah melakukan perbincangan dengan pihak pengeluar untuk meningkatkan pengeluaran topeng muka bagi memastikan bekalan mencukupi.

Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra Kajang hari ini.

Malah, katanya lagi, perbincangan tersebut sebenarnya sedang berlangsung antara pegawai-pegawainya dan syarikat pengeluar topeng muka, serentak dengan sidang media yang berlaku tadi.

Tambahnya juga, kekurangan bekalan itu antaranya disebabkan pembelian panik oleh pengguna susulan wabak 2019-nCoV itu.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat lapan kes positif koronavirus, manakala kes pesakit di bawah siasatan (PUI) pula seramai 89 orang.

Daripada jumlah itu seramai 44 orang adalah warganegara Malaysia, 42 orang warganegara China dan masing-masing satu (1) warganegara Jordan, Brazil dan Thailand.

Tiga (3) kes PUI disahkan positif dan telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai (2) dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi (1).


Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok


Manakala 81 kes PUI adalah negatif dan lima (5) masih menunggu keputusan makmal.

Bagi mengelakkan jangkitan, KKM memberi peringatan agar rakyat menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun dan pensanitasi tangan, selain menggunakan topeng muka.

KPDNHEP juga memberi amaran agar peniaga tidak menaikkan harga topeng muka dengan kadar yang tidak munasabah atau berdepan dengan tindakan tegas. 







Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
panduan-jana-pendapatan-tambahan-dengan-lumayan-dengan-perniagaan-sosial-social-e-commerce-di-platform-fingo




Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok

Sekianlah artikel Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2020/01/punca-sebenar-topeng-muka-kehabisan-stok.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Punca Sebenar Topeng Muka Kehabisan Stok"

Posting Komentar