Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah?

Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah?
link : Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah?

Baca juga


Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah?

Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah? | Pengumuman agihan pendapatan terendah Amanah Saham Bumiputera (ASB) semalam sejak penubuhannya pada 1990 secara keseluruhan menerima maklum balas kurang memuaskan hati pelaburnya.

Tinjaun Malaysiakini di sekitar ibu kota hari ini mendapati sebahagian besar pelabur memang menjangkakan kadar agihan yang rendah untuk tahun ini namun tidak menjangkakan ia kurang daripada apa yang diberikan tahun lalu.

Permodalan Nasional Berhad pada 2018 mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.5 sen dan bonus 0.5 sen seunit.

Kerani, Shahrir Ezhar Khalid, 27, berkata dia tidak terlalu terkejut dengan penurunan kadar agihan berkenaan kerana melihat kepada keadaan ekonomi semasa.

“Saya dah jangkakan, tapi saya jangkakan ia atas 6 sen,” katanya.

Turut senada dalam perkara itu, Muhamad Aznan Sulwan Ariffin, yang bekerja sebagai ejen pemasaran minyak wangi di Jalan Tuanku Abdul Rahman mengakui, agihan pendapatan itu bergantung kepada pasaran ekonomi semasa.

“Saya tidak jangkakan serendah itu. Ia OK jika 6 atau 7 sen, tapi apakan daya... bukan kita yang buat keputusan, kan?" katanya.

Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah?


Dia pada sama menggesa agar kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk menambah baik keadaan kewangan negara.

Hal itu kerana kerana, menurut pemuda berusia 33 tahun itu, ada antara rakyat yang sudah melakukan tiga hingga empat kerja bagi menampung perbelanjaan hidup.

“Sekurang-kurangnya daripada ASB mereka nak dapat tujuh atau lapan peratus keuntungan untuk menampung perbelanjaan, terutama pada awal tahun kerana ada anak yang nak bersekolah,” katanya.

Dua pelabur ASB yang sudah lama bersama dengan unit amanah saham itu, Faridah Ab Ghani, 48, dan Megat Mohd Farieq Megat Abdul Malek turut kecewa dengan pengumuman pengagihan dividen yang dibuat semalam.

Megat Mohd Farieq yang kini memasuki tahun ke-11 bersama ASB berkata pengumuman kadar yang paling rendah sejak amanah saham ditubuhkan pada 1990 melambangkan keadaan semasa ekonomi negara.

“Ini boleh dijadikan sebagai garis panduan buat kita orang awam untuk menilai sejauh mana tahap ekonomi kita,” jelasnya.

Buat Faridah pula yang sudah berbelas-belas tahun melabur, pengumuman semalam itu amat mengecewakan dan tidak menjangkakan kadar agihan yang diterima serendah itu.

Jururawat, Nurulzeliah Mohd Noh, 40, yang baru sahaja beralih ke ASB pada tahun ini turut berasa kecewa dengan pengumuman yang dibuat PNB semalam.

“Apabila diumumkan dividen ASB menurun, saya terkejut. (Mungkin) saya dah buat keputusan yang salah.

“Tetapi saya kata OK-lah.. nak buat macamana, kecewa,” katanya.

Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah?


Pulangan jangka panjang

Dia yang tidak menjangkakan kenaikan dalam kadar agihan pendapatan ASB juga berkata akan lebih selesa sekiranya PNB dapat mengekalkan jumlah yang hampir sama seperti tahun lepas dan tidak berlaku penurunan.

Penulis dan juga penasihat kewangan, Azraei Muhamad, berkata dia sedikit terkejut dengan pengumuman agihan yang lebih rendah tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lalu.

"Dijangkakan rendah (agihan pendapatan), namun tidak menjangkakan serendah ini. Jangkaan peribadi saya adalah sebanyak 6 peratus," katanya.

Dia yang tidak menjangkakan agihan akan lebih tinggi daripada tahun lalu berkata, perkara itu juga mungkin disebabkan oleh pasaran saham yang lembap dan perkembangan ekonomi yang tidak begitu rancak tahun ini.

Azraei, 2, yang melabur dalam ASB menggunakan wang simpanannya sendiri bagaimanapun masih mempunyai keyakinan terhadap PNB.

Baginya pelabur perlu melihat objektif utama mereka menyertai ASB adalah untuk mendapat pulangan yang konsisten untuk jangka masa yang panjang.

Turut senada dengan perkara itu Mohd Fazli Zuri, seorang pengurus restoran. Katanya dia sudah menjangkakan kadar agihan pendapatan yang rendah untuk tahun ini.

"Sudah dijangkakan berdasarkan semalam (Selasa) saya ada baca satu artikel yang menyatakan pelaburan ASB masih menguntungkan walaupun dividen makin rendah.

Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah?


"Bukankah artikel itu untuk meyakinkan pelabur yang mereka masih membuat pilihan yang bijak walaupun mendapat pulangan yang tidak dapat menampung bayaran bulanan selama setahun?" katanya.

Azraei, 27, yang menggunakan pinjaman bank untuk melabur dalam ASB juga berkata dia seakan tidak lagi yakin dengan pelaburan yang dibuatnya itu jika melihat kepada agihan pendapatan tahun ini. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi
cara-menjana-pendapatan-tambahan-yang-lumayan-setiap-hari-dengan-bisnes-fingo-buat-bisnis-fingo-jana-income-part-time


Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah?

Sekianlah artikel Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/12/punca-pengagihan-pendapatan-asb.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Punca Pengagihan Pendapatan ASB Terendah Dalam Sejarah?"

Posting Komentar