Judul : Filem Black Panther Aibkan Amerika Syarikat
link : Filem Black Panther Aibkan Amerika Syarikat
Filem Black Panther Aibkan Amerika Syarikat
Filem Black Panther Aibkan Amerika Syarikat | Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyenaraikan negara fantasi, Wakanda, sebagai salah sebuah rakan perdagangan bebas mereka semalam.
Jurucakap USDA bagaimanapun kemudian memaklumkan kerajaan Wakanda dimasukkan ke senarai itu secara tidak sengaja semasa kakitangan jabatan tersebut menjalani ujian.
Wakanda merupakan negara rekaan yang wujud dalam komik dan filem Marvel dan menjadi latar kepada cerita adiwira mereka, Black Panther.
Untuk rekod, Wakanda pertama kali muncul dalam komik Fantastic Four pada 1966 dan membuat kemunculan semula ketika Black Panther diangkat menjadi filem calon untuk filem terbaik Oscar pada tahun lalu.
Bagaimanapun nama Wakanda dikeluarkan sebaik USDA menyedarinya - itu pun apabila dibangkitkan oleh media.
Antaranya, ada pemberita dari Orlando yang bertanya: “Adakah benar atau tidak, AS mempunyai hubungan perdagangan bebas dengan Wakanda? Adakah perkara itu menjadi rundingan dengan Agrabah juga?"
Filem Black Panther Aibkan Amerika Syarikat
Agrabah pula merupakan negara rekaan yang dicipta Walt Disney Picture untuk filem Aladin. Ia dipaparkan sebagai tanah Arab.
Sikap cemerkap USDA itu kemudian menjadi bahan ketawa pelbagai pihak. Ada antara mereka berseloroh dengan mengatakan Rumah Putih sudah memulakan perang dagangan dengan Wakanda.
Perkara itu pada awalnya mendapat perhatian seorang jurutera perisian dari New York, Francis Tseng, yang sedang mencari tarif pertanian yang dipohonnya.
Menurut laporan Reuters, Tseng keliru dengan Wakanda dan tertanya-tanya sama ada negara tersebut benar-benar wujud atau sekadar fiksyen.
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Filem Black Panther Aibkan Amerika Syarikat
Sekianlah artikel Filem Black Panther Aibkan Amerika Syarikat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Filem Black Panther Aibkan Amerika Syarikat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/12/filem-black-panther-aibkan-amerika.html
0 Response to "Filem Black Panther Aibkan Amerika Syarikat"
Posting Komentar