Senarai Calon PRK Tanjung Piai

Senarai Calon PRK Tanjung Piai - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Senarai Calon PRK Tanjung Piai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Senarai Calon PRK Tanjung Piai
link : Senarai Calon PRK Tanjung Piai

Baca juga


Senarai Calon PRK Tanjung Piai

Senarai Calon PRK Tanjung Piai | PRK Tanjung Piai yang bermula hari ini menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), BN, Gerakan, Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua calon Bebas.

Ketua Bersatu Tanjung Piai Karmaine Sardini yang dipertaruhkan PH akan dicabar Ketua MCA bahagian itu yang juga bekas anggota parlimen kawasan itu selama dua penggal, Wee Jeck Seng.

Gerakan diwakili timbalan setiausaha agungnya Wendy Subramaniam dan Berjasa oleh presidennya Dr Badrulhisham Abdul Aziz.

Dua calon bebas ialah Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Ab Ghaffar. Hanya mereka yang menghantar borang pencalonan hari ini.

Seorang individu hadir untuk mendaftarkan diri sebagai calon tetapi membatalkan rancangan itu kerana ketiadaan pencadang. Dia enggan menyatakan namanya kepada media.

Terdahulu, ada khabar angin bahawa Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Ibrahim Ali akan bertanding. Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Shamsubahrin Ismail juga berkata mahu bertanding tetapi tidak kelihatan hari ini.

PRK Tanjung Piai diadakan selepas penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, 42, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lalu.

Senarai Calon PRK Tanjung Piai


Pada PRU ke-14, Farid memenangi kerusi Parlimen itu apabila memperoleh 21,255 undi, menewaskan Wee (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi).

Kira-kira lebih 3,000 penyokong hadir memenuhi pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim sejak awal pagi tadi.

Wee berarak dari bangunan Umno Pontian bersama kira-kira 2,000 penyokong BN kira-kira pada pukul 8.30 pagi.

Antara pemimpin yang turut bersama ialah Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Wee Ka Siong, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Penyokong melaungkan "hidup BN" dengan ada yang membawa sepanduk tertera “Luaskan kuasa BN” dan “Selamatkan Tanjung Piai”.

Sementara itu, Karmaine diiringi kira-kira seribu penyokong berarak dari Stadium Mini Pontian. Antara pemimpin lain bersamanya ialah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Tian Chua.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh kempen selama 14 hari bermula hari ini dengan tarikh mengundi pada 16 November. Pengundian awala akan dijalankan pada 12 November.

Parlimen Tanjung Piai mempunyai seramai 52, 986 orang pengundi berdaftar, dengan 56.88 peratus atau 30,141 adalah pengundi Melayu, Cina (41.52 peratus atau 22,000 pengundi), India (satu peratus atau 532 pengundi) dan Bumiputera Sabah (0.09 peratus atau 47 pengundi).

Untuk rekod, PRK Tanjung Piai merupakan PRK kesembilan selepas PRU ke-14.


Apa kata calon lain

Ketika ditemui selepas pencalonan, Badrulhisham yang berkempen atas platform Melayu-Islam berkata beliau akan turut berusaha mendapatkan sokongan pengundi bukan Islam.

"Kita akan pergi kepada semua orang, bukan Melayu sahaja tetapi juga orang bukan Islam untuk menyatakan agenda kita.

"(Iaitu) kita yakin kerajaan yang stabil itu bergantung kepada kesepakatan orang Melayu-Islam dengan tidak mengenepikan keabsahan kaum dan agama lain," katanya.

Pada PRU ke-14, Berjasa turut bertanding di kawasan parlimen itu dengan tiket PAS. Calonnya Nordin Ahmad mendapat 2,962 undi.

Senarai Calon PRK Tanjung Piai


Sementara itu Faridah berkata beliau akan mengangkat isu golongan B40 dalam kempennya nanti.

"Kita nak perjuangkan hak golongan B40 yang dipinggirkan. Kita sudah ada dua kerajaan tetapi suara kita tidak diketengahkan...Jadi kita buat sendirilah," katanya yang merupakan seorang juruaudit sosial.

Bagi Ang pula, pemilik pusat tuisyen itu berkata mahu menjadi suara ketiga untuk rakyat.

"Saya neutral dan boleh bekerjasama dengan mana-mana parti," kata lelaki berusia 48 tahun itu, yang berkata adiknya pernah bekerja dengan Farid di Melaka. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi


Senarai Calon PRK Tanjung Piai

Sekianlah artikel Senarai Calon PRK Tanjung Piai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Senarai Calon PRK Tanjung Piai linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/11/senarai-calon-prk-tanjung-piai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Senarai Calon PRK Tanjung Piai"

Posting Komentar