Judul : Utusan Melayu Tutup Operasi Mulai 9 Oktober 2019
link : Utusan Melayu Tutup Operasi Mulai 9 Oktober 2019
Utusan Melayu Tutup Operasi Mulai 9 Oktober 2019
Utusan Melayu Tutup Operasi Mulai 9 Oktober 2019 | Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) akhirnya menutup operasinya selepas berdepan dengan pelbagai masalah kewangan.
Mulai hari ini, syarikat media itu yang berusia 80 tahun itu akan menghentikan operasinya dan tarikh akhir perkhidmatan kakitangannya bermula pada esok.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir, langkah itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan syarikat menemui jalan buntu.
Ia termasuk menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada 700 kakitangan, penjualan aset, edaran akhbar menjunam turun dan kegagalan sumbangan iklan tidak menepati sasaran.
“Bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa malah hutang juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak.
“Syarikat ini berhadapan dengan pelbagai tindakan perundangan daripada pemiutang-pemiutang,” katanya dalam memorandum pekeliling syarikat berkenaan semalam.
Sehubungan itu, menurut Abd Aziz, Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan (Creditors’ Voluntary Liquidation) dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim (Interim Liquidator).
Utusan Melayu Tutup Operasi Mulai 9 Oktober 2019
Menurutnya, langkah itu terpaksa diambil oleh kerana lembaga pengarah berpendapat syarikat tidak lagi solven atau tidak berupaya untuk meneruskan perniagaan.
Faedah penamatan kerja adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada dan ini akan dikendalikan oleh pihak pelikuidasi.
Sebelum itu, dalam satu kenyataan sebelum itu, UMMB akan melepaskan 70 peratus pegangan dalam anak syarikatnya Dilof Sdn.Bhd. kepada Aurora Mulia Sdn. Bhd.
Dilof merupakan anak syarikat 100 peratus miliknya yang kini merupakan pemegang permit menerbitkan dua akhbar berbahasa Melayu berpengaruh iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo.
Pelepasan pegangan dalam Dilof itu untuk memastikan kesinambungan penerbitan kedua-dua akhbar arus perdana itu, kata UMMB dalam satu kenyataan hari ini.
Ia untuk memastikan akhbar Utusan Malaysia yang telah berusia 80 tahun tidak terkubur dan akhbar Kosmo yang berusia 15 tahun dapat diteruskan penerbitannya.
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Utusan Melayu Tutup Operasi Mulai 9 Oktober 2019
Sekianlah artikel Utusan Melayu Tutup Operasi Mulai 9 Oktober 2019 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Utusan Melayu Tutup Operasi Mulai 9 Oktober 2019 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/10/utusan-melayu-tutup-operasi-mulai-9_9.html
0 Response to "Utusan Melayu Tutup Operasi Mulai 9 Oktober 2019"
Posting Komentar