Semakan Program Subsidi Petrol Secara Online

Semakan Program Subsidi Petrol Secara Online - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semakan Program Subsidi Petrol Secara Online, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semakan Program Subsidi Petrol Secara Online
link : Semakan Program Subsidi Petrol Secara Online

Baca juga


Semakan Program Subsidi Petrol Secara Online

Semakan Program Subsidi Petrol Secara Online | KERAJAAN Pakatan Harapan menunaikan janjinya menerusi pengenalan skim Program Subsidi Petrol (PSP).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, setiap rakyat yang memiliki tidak melebihi dua kereta dan dua motosikal yang layak, berhak menerima PSP untuk satu kenderaan sahaja.

Menurutnya, kenderaan yang layak untuk subsidi ini adalah seperti berikut:

1. Kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah, atau

2. Kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1,600cc yang berusia lebih 10 tahun; atau

3. Motosikal dengan kapasiti enjin sehingga 150cc dan ke bawah; atau

4. Motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc yang berusia lebih 7 tahun.

Semakan Program Subsidi Petrol 



Guan Eng menegaskan bahawa kenderaan mewah tidak layak menikmati subsidi bersasar ini.

Menurutnya, PSP akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan bermula Januari 2020.

Guan berkata, bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi kumpulan (B40) yang layak, subsidi petrol yang diberikan untuk setiap penerima adalah sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal. 

“Subsidi ini akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan. Pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020 bagi tempoh Januari hingga April 2020.

“Bagi semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal,” katanya.

Menurutnya, Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020.

Semakan Program Subsidi Petrol Secara Online


Guan Eng berkata, apabila skim subsidi bahan api dilaksanakan, harga runcit RON95 dan diesel akan diapungkan secara beransur-ansur. 

“Ini akan mengurangkan ketirisan dan penyeludupan bahan api bersubsidi rentas sempadan yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit di pihak kerajaan. 

“Subsidi layak diberikan sekiranya harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter dan tiada subsidi akan diberikan sekiranya harga berada di bawah RM2.08 seliter,” katanya.

Kerajaan akan memperuntukkan RM2.2 bilion bagi skim PSP yang akan memberi manfaat kepada kira-kira lapan juta pemandu. 

Guan berkata, pemandu kenderaan di Sabah dan Sarawak akan terus menikmati siling harga petrol bersubsidi pada RM2.08 untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.

“Sekiranya kerajaan Sabah dan Sarawak ingin menyertai PSP ini, maka kerajaan bersedia menerima permintaan mereka,” ujarnya. Bermula esok semakan status kelayakan Program Subsidi Petrol PSP dibuka menerusi portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Semakan Program Subsidi Petrol 


Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pengguna boleh memasukkan nombor kad pengenalan dalam portal psp.kpdnhep.gov.my. untuk menyemak kelayakan.

Subsidi tersebut bakal memanfaatkan seramai 2.9 juta individu. Datuk Seri Saifuddin memberi penjelasan itu dalam program Bicara Pengguna terbitan RTM di TV1.

Jelasnya, 9 saluran aduan KPDNHEP akan diaktifkan dalam tempoh 48 jam dari sekarang bagi memudahkan pemantauan sebarang kenaikan harga oleh peniaga.

Untuk Semakan Subsidi Petrol Secara Online boleh klik di https://psp.kpdnhep.gov.my/kpdnheppsp/www/index.php?id=1&page_id=2





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi


Semakan Program Subsidi Petrol Secara Online

Sekianlah artikel Semakan Program Subsidi Petrol Secara Online kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Semakan Program Subsidi Petrol Secara Online linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/10/semakan-program-subsidi-petrol-secara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Semakan Program Subsidi Petrol Secara Online"

Posting Komentar