Judul : Semakan BSH 2020 Secara Online Bantuan Sara Hidup Rakyat
link : Semakan BSH 2020 Secara Online Bantuan Sara Hidup Rakyat
Semakan BSH 2020 Secara Online Bantuan Sara Hidup Rakyat
Semakan BSH 2020 Secara Online Bantuan Sara Hidup Rakyat | Dalam pengumuman ucapan Belanjawan 2020, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup golongan B40.
Masyarakat disaran berwaspada apabila Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan akaun Facebook dan Twitter palsu berkaitan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020.
Untuk makluman tarikh pendaftaran permohonan baru atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020.
Talian bebas tol Bantuan Sara Hidup (BSH) telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) .
Pemohon atau pasangan yang tidak mempunyai akaun bank semasa membuat permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 adalah tidak perlu buka akaun bank bagi pengisian maklumat bank pada permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020.
Bagi permohonan yang lulus Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dan tidak mempunyai maklumat akaun bank semasa permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau status pengkreditan ke akaun adalah tidak berjaya, pihak Bank Simpanan Nasional akan membuka akaun bank (BSN) secara automatik semasa pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020.
Semakan BSH 2020 Secara Online
Status pengkreditan Bayaran Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 ke akaun (Berjaya Kredit / Gagal Kredit) akan mula dipaparkan pada Jadual Bayaran melalui semakan MyBSH > Semakan Status > Maklumat Bayaran mulai 15 Februari 2020.
Oleh itu, penerima bayaran Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 sendiri perlu membuat semakan pada penyata akaun bank yang telah didaftarkan semasa Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 bagi mengetahui status pengkreditan bayaran berkenaan.
Oleh itu, penerima bayaran Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 sendiri perlu membuat semakan pada penyata akaun bank yang telah didaftarkan semasa Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 bagi mengetahui status pengkreditan bayaran berkenaan.
MyBSH telah dibuka bagi tujuan Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima Fasa Pertama BSH 2020.
Pastikan pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2019 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.
Pastikan pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2019 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.
Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2020.
Untuk permohonan secara atas talian (Online) boleh ke BSH login di laman Web BSH 2020: https://bsh.hasil.gov.my/
SOALAN LAZIM (FAQ)
BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020
1. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BSH 2020 berstatus kahwin?
J: Pemohon BSH 2020 yang berstatus kahwin perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut:
Pemohon
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysiadengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/MyKAS) DAN mempunyai anak Warganegara Malaysia(MyKad / MyKid).
Anak (jika ada anak)
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak
- angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid)
- sahaja; dan
- 18 tahun dan ke bawah; atau
- 19 tahun dan ke atas:
- Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta; atau
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
- Masyarakat (JKM); dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan.
Semakan BSH 2020 Secara Online Bantuan Sara Hidup Rakyat
2. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BSH 2020 berstatus Ibu Bapa Tunggal /
Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak?
J: Pemohon BSH 2020 yang berstatus Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang
mempunyai
anak perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut:
Pemohon
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang
- tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah
- pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak
- angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid)
- sahaja; dan
- 18 tahun dan ke bawah; atau
- 19 tahun dan ke atas:
- Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta; atau Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
- Masyarakat (JKM); dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan.
Semakan BSH 2020 Secara Online
3. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BSH 2020 berstatus Warga Emas Sebatang
Kara?
J: Pemohon BSH yang berstatus Warga Emas Sebatang Kara perlulah memenuhi
kelayakan seperti berikut:
- Lelaki atau perempuan Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Jika bekerja, pendapatan kasar bulanan adalah RM4,000 dan ke bawah.
Untuk permohonan secara atas talian (Online) boleh ke BSH Login di laman web BSH 2020 di https://bsh.hasil.gov.my/
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Semakan BSH 2020 Secara Online Bantuan Sara Hidup Rakyat
Sekianlah artikel Semakan BSH 2020 Secara Online Bantuan Sara Hidup Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Semakan BSH 2020 Secara Online Bantuan Sara Hidup Rakyat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/10/semakan-bsh-2020-secara-online-bantuan.html
0 Response to "Semakan BSH 2020 Secara Online Bantuan Sara Hidup Rakyat"
Posting Komentar