Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?

Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?
link : Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?

Baca juga


Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?

Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?|Saya agak lama tak televisyen termasuk slot berita jam 8.00 malam. Sebelum dan semasa PRU14, di bawah regim lama, sudah pasti ia sarat dengan propaganda parti pemerintah dan fitnah atau umpat-dusta terhadap pembangkang.

Apabila Umno-BN ditumbangkan pada 9 Mei 2018, dasar pentadbiran baharu ke arah memberi lebih ruang mendukung kebebasan media. Namun saya tidak pasti, apakah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mengawal selia program-program penting TV swasta, misalnya saluran berita.

Berdasarkan respons orang ramai dalam media sosial, Menteri Komunikasi dan Multimedia nampaknya menjadi sasaran kritikan ekoran dilihat gagal memberi penerangan dasar-dasar baharu kerajaan, dan masa sama tidak berupaya menyanggah serangan bertali arus pembangkang.

Malah kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad dilabel sebagai mengabaikan kepentingan Melayu serta menyebabkan Islam terancam atau dipinggirkan. DAP yang ditohmah sebagai anti-Melayu diperlihatkan telah menguasai kerajaan PH dan mempengaruhi polisi pemerintahan.

Saya tidak menyedari serangan hebat netizen apabila Buletin Utama TV3 menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, dalam bahasa Mandarin, baru-baru ini, sehinggalah saya terbaca hantaran FB sarjana media, Prof Dr Ahmad Murad Merican mengenainya:

“Mengapa TV3 membenarkan pertuturan bahasa Mandarin (Timbalan Menteri Pendidikan) menjadi nilai berita dalam siaran berita bahasa Melayu? Mana penerbit dan pengarah/ pengurus berita? Jika sumber berita tidak bercakap bahasa Melayu untuk siaran berita bahasa Melayu, tak perlu siarkan visual dan suara. TV3 tidak tahu, bebal mempromosi bahasa Melayu. … TV3 perlu ditegur oleh masyarakat awam, penggiat bahasa dan budaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka. TV3 juga boleh diboikot; atau ini arahan k…”.

Isu apa yang disebut dalam sidang akhbar, 2 Oktober itu tidak penting. Yang diperkatakan ramai, mengapa ia dituturkan dalam bahasa Mandarin dan lebih pelik, kenapa TV3 melalui Buletin Utama jam 8.00 malam menyiarkan bicaranya itu?

Kalaupun wartawan tidak sempat merakamkan ulasan Teo dalam bahasa Melayu – mungkin wartawan Media Prima yang ditugaskan berita Mandarin Ntv7 dan 8tv – mengapa tidak dibuat ‘voice over’ dalam bahasa kebangsaan?

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, yang juga ahli Parlimen DAP Kulai itu, beliau pada mulanya menjawab soalan wartawan berkenaan dalam bahasa Melayu.

Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?


“Namun begitu setelah selesai menjawab soalan, saya diminta mengulangi semula kenyataan berkenaan dalam bahasa Mandarin,” katanya.

Meskipun TV3 secara rasmi telah memohon maaf kepada penonton dan timbalan menteri berkenaan, namun rata-rata khalayak berpendapat, ia tidak memadai. Ramai beranggapan pihak tertinggi editorial di Media Prima harus bertanggungjawab.

Mungkin bagi sesetengah pihak, apa yang berlaku hanyalah kealpaan kecil atau kurang sensitif dengan perkembangan semasa, tetapi impaknya cukup besar, khususnya terhadap kewibawaan kerajaan.

Dengan insiden kecil dan terpencil itu, seolah-olah membenarkan tohmahan pihak tertentu terutama pembangkang, bahawa agenda Melayu sudah diremehkan kerajaan; bahasa kebangsaan tidak lagi dihormati, dan benarlah DAP merupakan parti paling menentukan hala tuju Putrajaya.

Sepatutnya pengurusan tertinggi Media Prima prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa di luar sana. Mereka sewajarnya arif terhadap lingkungan politik serta kempen yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara.

Usah diberi peluang dan ruang untuk sentimen perkauman dimarakkan lagi. Sebaliknya perlu diusahakan agar persepsi negatif dan songsang itu diperjelaskan kepada audien dengan siri penerangan yang mudah difahami.

Oleh kerana saya tidak lagi menonton TV, tidak dapat dipastikan apakah permohonan maaf TV3 itu sudah memadai. Khabarnya footage ulasan timbalan menteri yang asalnya dalam bahasa Melayu itu belum lagi disiarkan. Ia perlu untuk dipertontonkan kepada khalayak sebagai bukti untuk menangkis serangan liar yang masih berterusan.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, kegagalan pihak TV3 merakam dan menyiarkan kenyataan Nie Ching dalam bahasa Melayu adalah tidak boleh diterima.

“TV3 perlu menjelaskan dengan tuntas kepada orang awam dan memohon maaf dengan lebih baik kepada Nie Ching, melainkan mereka ada agenda tertentu,” katanya.

Berdasarkan tinjauan rambang respons netizen, majoriti beranggapan kejadian itu disengajakan, bagi menguji kesabaran orang Melayu.

Justeru, sekadar permohonan maaf tidak memadai. Seseorang harus dipertanggungjawabkan.

Saya tidak pasti siapa individu yang perlu menggalas beban kealpaan yang didakwa “disengajakan” itu?

Carian Google mendapati dua nama yang mungkin merupakan personaliti bertanggungjawab terhadap editorial Buletin Utama TV3.

Pertama, Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial. Kedua, Pengarang Urusan Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Manja Ismail. Kedua-duanya mungkin ada jawapan bagaimana insiden yang zahirnya nampak kecil tetapi berimpak politik yang besar.

Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?


Selalunya tokoh media yang banyak pengalaman seperti mereka cukup sensitif dengan isu-isu yang mudah dimanipulasi. Atau mungkin juga terselit di stesen TV itu individu yang berhasrat melakukan sabotaj atau sengaja mencalarkan imej kerajaan?

Secara peribadi, saya merasakan peristiwa ini tidaklah didorong oleh motif politik yang jahat, tetapi bukan kepada sebahagian besar khalayak yang berminat dengan teori konspirasi. Cuma ia berlaku pada masa dan ketika yang salah.

Insiden tercetus waktu kebanyakan kita bersyak wasangka, penuh prejudis dan mempolitikkan semua isu. Justeru, ia wajar ditangani dengan mengambil kira semua faktor sekitar agar misi lebih besar untuk membina semula negara tidak terbantut. - md



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi


Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?

Sekianlah artikel Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/10/insiden-teo-nie-cheng-contoh-deep-state.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?"

Posting Komentar