Judul : Zuraida Kamaruddin Tak Layan Komen Wan Azizah
link : Zuraida Kamaruddin Tak Layan Komen Wan Azizah
Zuraida Kamaruddin Tak Layan Komen Wan Azizah
Zuraida Kamaruddin Tak Layan Komen Wan Azizah. Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata bahawa beliau tidak perlu melayan komen daripada kepimpinan parti mengenai ketidakhadirannya dalam mesyuarat parti PKR.
“Tidak payah sebut lagi, tidak payah jawab. Ini komen sampingan, saya tidak perlu jawab,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pra Pelancaran Kempen Pemilikan Rumah Mampu Milik (HOC) 2019 di KL Sentral.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas oleh wartawan kenyataan daripada Datuk Seri Wan Azizah Ismail hari ini menasihati Naib Presiden parti itu agar hadir ke mesyuarat PKR.
“YB Zuraida, datang ke mesyuarat,” ujar Wan Azizah selepas merasmikan Kompleks Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) di Universiti Putra Malaysia, pada hari ini.
Zuraida Kamaruddin Tak Layan Komen Wan Azizah
Kemelut berpanjangan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin berlarutan sehingga kini apabila Ahli Parlimen Ampang itu beberapa kali tidak hadir mesyuarat parti PKR dan menuntut diadakan pertemuan secara berasingan dengan Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Presiden PKR itu enggan melayan tuntutan Zuraida Kamaruddin yang mahu mesyuarat diadakan antara Anwar dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat yang terpilih seperti Azmin Ali dan lain-lain.
Anwar berkata, beliau boleh berjumpa dengan mereka dalam banyak mesyuarat biasa parti PKR yang telah mereka tidak hadir sejak sekian lama. - mg
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Zuraida Kamaruddin Tak Layan Komen Wan Azizah
Sekianlah artikel Zuraida Kamaruddin Tak Layan Komen Wan Azizah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Zuraida Kamaruddin Tak Layan Komen Wan Azizah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/09/zuraida-kamaruddin-tak-layan-komen-wan.html
0 Response to "Zuraida Kamaruddin Tak Layan Komen Wan Azizah"
Posting Komentar