Polis Tahu Lokasi Jho Low

Polis Tahu Lokasi Jho Low - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Tahu Lokasi Jho Low, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Tahu Lokasi Jho Low
link : Polis Tahu Lokasi Jho Low

Baca juga


Polis Tahu Lokasi Jho Low

Polis Tahu Lokasi Jho Low. Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yakin polis mampu membawa pulang ahli perniagaan yang menjadi buruan, Jho Low ke negara ini paling lewat hujung tahun ini.

Beliau berkata, sumber risikan polis mendapati Jho Low menerima perlindungan daripada pihak tertentu dan bebas bergerak selain boleh menjalankan perniagaan tanpa sebarang sekatan di negara tersebut.

"Dia bebas bergerak dan berniaga di negara tersebut. Jho Low manusia yang paling dikehendaki licik dan mempunyai agenda jahat serta menggunakan wang dan pengaruh untuk membeli pengaruh.

"Pihak polis tahu di mana dia dan kami sedang berunding dengan negara itu. Namun saya yakin akan dapat membawa balik Jho Low sedikit masa lagi," katanya.

Walaubagaimanapun, Ketua Polis Negara enggan mendedahkan nama negara yang diperkatakan.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda inisiatif Sinar Harian dan Sin Chiew Daily di Dewan Karangkraf, di Shah Alam, hari ini.

Ketua polis negara itu juga dipetik sebagai berkata, pihak yang melindungi Jho Low diingatkan bahawa individu itu dikehendaki bukan disebabkan kaitan politik sebaliknya membabitkan kesalahan jenayah komersial yang dianggap terbesar. di dunia.

Lokasi Jho Low


“Ini berkaitan jenayah tetapi mengapa pihak di sana tidak mahu berikan kerjasama. Polis sudah meningkatkan usaha supaya mereka akur,” katanya.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur sebelum ini diberitahu bahawa Jho Low merupakan perancang bagi pihak Najib Razak untuk melaksanakan semua rancangan mereka di 1MDB.

Bekas perdana menteri berusia, 66, tahun itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan 4 kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama. 









Polis Tahu Lokasi Jho Low

Sekianlah artikel Polis Tahu Lokasi Jho Low kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Polis Tahu Lokasi Jho Low linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/09/polis-tahu-lokasi-jho-low.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Tahu Lokasi Jho Low"

Posting Komentar