Judul : Perutusan PM Sempena Hari Malaysia
link : Perutusan PM Sempena Hari Malaysia
Perutusan PM Sempena Hari Malaysia
Perutusan PM Sempena Hari Malaysia. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia bersatu padu dalam mesej berasingan sempena sambutan Hari Malaysia.
Mahathir menerusi penampilan khas dalam klip video sempena Hari Malaysia oleh penyanyi Hazama Azmi, membacakan sajak mengenai 'anak bangsa Malaysia'.
"Anak bangsa Malaysia. Bangsa kita bangsa merdeka, gagah dan kuat kerana kepelbagaian. Dari yang banyak menjadi satu, membawa negara ke persada dunia.
"Walaupun terdapat perbezaan, tembok pemisah kita robohkan. Bersatu padu tanpa kira warna kulit kerana kita adalah anak bangsa Malaysia," katanya.
Sementara itu, Anwar dalam hantaran di Facebook berkata tarikh 16 September amat bermakna bagi rakyat Malaysia menghargai kekuatan kepelbagaian.
Perutusan PM Sempena Hari Malaysia
"Tatkala kita diasak dan dipasung dengan faham perkauman dan syak wasangka, mari kita raikan hari besar ini dengan memaknai kembali apakah sebenarnya kepelbagaian, keterangkuman dan kerukunan yang kita nikmati selama ini.
"Masa depan yang lebih baik adalah masa depan untuk semua tanpa mengecuali atau meminggirkan sesiapa," katanya.
Video Perutusan PM Sempena Hari Malaysia ini disiarkan di Facebook rasmi Tun Mahathir https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/527446168084252/
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Perutusan PM Sempena Hari Malaysia
Sekianlah artikel Perutusan PM Sempena Hari Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Perutusan PM Sempena Hari Malaysia linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/09/perutusan-pm-sempena-hari-malaysia.html
0 Response to "Perutusan PM Sempena Hari Malaysia"
Posting Komentar