Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu

Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu
link : Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu

Baca juga


Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu

Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof mempertahankan serbuan oleh pihak berkuasa agama terhadap majlis penganut Syiah beberapa hari lalu.

Beliau berkata serbuan itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan bidang kuasa jabatan agama negeri perlu dihormati.

"Isu ini terletak bawah kuasa negeri. Kita sudah pun mendapat maklum balas daripada menteri besar (Selangor Amirudin Shari) dalam mesyuarat MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia) kelmarin.

"Adapun apa (serbuan) yang dilakukan di Selangor adalah bidang kuasa Selangor dan mengikut SOP, maka kita hormati tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) masing-masing membuat serbuan itu pada 6 dan 9 September lalu.

Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu


Serbuan dilakukan ketika penganut aliran Syiah berkumpul sempena Hari Asyura yang jatuh pada 9 September tahun ini. Dalam Syiah, hari itu disambut antara lain bagi mengenang ulang tahun kematian Husayn ibn Ali, cucu kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan tokoh utama dalam Syiah.

Menurut sumber daripada komuniti Syiah, serbuan itu dilakukan setiap tahun antara 1 hingga 10 Muharram.

Sehari selepas serbuan di Selangor, Amirudin berkata ia mengikut SOP yang ditetapkan. Hari ini Jainj turut mengeluarkan kenyataan serupa.

Kedua-dua pihak berkata kerajaan negeri berpegang terhadap larangan ke atas amalan Syiah yang telah diputuskan oleh jawatankuasa fatwa negeri masing-masing.

Bagaimanapun Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor dilapor portal Free Malaysia Today sebagai berkata, penganut Syiah perlu dibenarkan mengamalkan amalan mereka asalkan secara tertutup dan tidak menyebarkannya.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini pula, Wan Salim mencadangkan agar fakta berkenaan kefahaman Syiah dimasukkan dalam sukatan pelajaran pengajian Islam untuk mengurangkan fobia terhadap aliran itu.

Mujahid tidak menolak cadangan itu yang disifatkannya sebagai “berstruktur” dan “positif” agar tidak berlaku salah faham antara penganut aliran berbeza.

“Tetapi isu di Selangor ini lebih kepada SOP dalam melaksanakan penguatkuasaaan.

Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu


Tapi dalam jangka masa panjang, saya rasa (kedua-dua) perkara itu mesti datang seiring,” katanya.

Selain cadangan itu, Wan Salim turut berkata isu penganut Syiah atau mana-mana agama tidak wajar diselesaikan dengan keganasan tapi penuh professional, tetapi pada masa sama pengikut Syiah perlu menjalankan majlis secara tertutup dan persendirian untuk tidak menarik perhatian.

Berhubung sokongan negara terhadap 'The Amman Message” pada 2005 yang antara lain mengiktiraf beberapa cabang Islam termasuk dua mazhab Syiah, Mujahid memberi jaminan terhadap kebebasan beragama di negara ini seperti termaktub dalam perlembagaan.

“Walaubagaimanapun, dalam keadaan tertentu, pihak penguat kuasa ada SOP dia, yang mewajarkan (sesetengah) tindakan.

“Antara dua perkara itu, kami menelitinya. Tetapi secara umum kita tetap kekal berpegang pada artikel 3 dan 11 (Perlembagaan Perskutuan tentang kebebasan beragama)”, katanya lagi.

‘The Amman Message' ialah kempen perpaduan umat Islam inisiatif inisiatif Raja Jordan Raja Abdullah II bin Al-Hussein, melibatkan rundingan 24 ulama Islam yang memutuskan tiga perkara utama.

Menurut laman sesawang rasmi 'The Amman Message' tiga isu asas itu ialah:

Para ulama secara khusus mengakui kesahihan lapan mazhab (dari Sunni, Syiah dan Ibadhi Islam); teologi islam tradisional (Ash'arisme); sufisme dan pemikiran salafi.

Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu


Berdasarkan takrifan itu mereka melarang perbuatan takfiri antara orang Islam; dan

Berasaskan sekolah pemikiran undang-undang yang diiktiraf, ulama menyatakan prasyarat subjektif dan objektif untuk mengeluarkan fatwa bagi mendedahkan penyebaran curang dan batil atas nama Islam. Ia disokong 200 ulama dari lebih 50 negara. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu

Sekianlah artikel Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/09/penganut-syiah-di-malaysia-kena-serbu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penganut Syiah Di Malaysia Kena Serbu"

Posting Komentar