Pengajaran Pembatalan AGM Parti Amanah Negara (AMANAH)

Pengajaran Pembatalan AGM Parti Amanah Negara (AMANAH) - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengajaran Pembatalan AGM Parti Amanah Negara (AMANAH), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengajaran Pembatalan AGM Parti Amanah Negara (AMANAH)
link : Pengajaran Pembatalan AGM Parti Amanah Negara (AMANAH)

Baca juga


Pengajaran Pembatalan AGM Parti Amanah Negara (AMANAH)

Pengajaran Pembatalan AGM Parti Amanah Negara (AMANAH). Parti Amanah Negara (AMANAH) mengambil iktibar dan berazam untuk memperbaiki keadaan kepincangan dalam pengurusan cawangan dan kawasan  bagi memastikan pentadbiran dan pengurusan organisasi lebih kemas dan teratur pada masa akan datang.

Presidennya Mohamad Sabu berkata, pembatalan beberapa Mesyuarat Agung Tahunan parti itu akan menjadi iktibar kepada seluruh pasukan pengurusan dan pentadbiran parti.

“Kelemahan ini diakui sendiri oleh Setiausaha Agung dan pasukan sekretariat dan mereka kini sedang bertungkus lumus untuk menyelamatkan parti yang baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang keempat pada 16 September lalu.

“AMANAH mengalu-alukan ketegasan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan mengakui kelemahan di pihak kita.

“Pada masa yang sama kita sedang giat membaiki kelemahan yang berlaku dan sekarang sedang rancak berlangsungnya mesyuarat semula AMANAH di semua peringkat yang berkaitan.

“Saya juga menyeru kepada seluruh ahli AMANAH, agar terus berusaha dan mematuhi segala arahan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak sekretariat supaya parti ini terus selamat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai pembatalan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) itu membabitkan peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita parti itu.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata apa yang dihadapi oleh AMANAH kali ini turut pernah dilalui oleh komponen PH dan pembangkang apabila ia bersangkutan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pengajaran Pembatalan AGM AMANAH


“Perkara sama pernah menimpa kepada parti Umno sehingga ia diharamkan oleh mahkamah. Begitu juga DAP yang pernah mengalami nasib serupa pada tahun 2013 iaitu 48 jam sebelum penamaan calon sehingga hampir-hampir menggunakan simbol Pas untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-13.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), juga pernah menghadapi masalah serupa sehingga hampir diharamkan oleh pendaftar pertubuhan menjelang Pilihan raya Umum Ke-14 pada 2018 lalu.

“Apa yang berlaku kepada parti lain tidak terkecuali menimpa kepada AMANAH. Ia boleh berlaku kepada mana-mana perti politik sama ada parti pemerintah ataupun parti pembangkang,” ujarnya.

Tambah Mohamad lagi, AMANAH sejak ditubuhkan 4 tahun lalu menerima ramai penyertaan ahli baru dan tertubuhnya banyak cawangan baru di seluruh negara.

Namun beliau berharap selari dengan penambahan ahli, pengurusan parti di semua peringkat juga perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Janganlah kita beralasan seperti pak Pandir bahawa “bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang lain pun mati juga” dengan mengatakan bukan AMANAH sahaja ditimpa kesilapan seperti ini, ia pernah berlaku kepada parti-parti besar yang lain juga,” ujarnya.

Semalam  Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa turut mengesahkan AGM AMANAH di beberapa kawasan di seluruh negara dibatalkan ekoran beberapa isu teknikal.

Sehubungan itu, satu Taklimat Khas Organisasi  turut diadakan semalam  hanyalah bertujuan untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan memberikan kaedah penyelesaian di kalangan Ketua dan Setiausaha Kawasan serta Sayap yang terlibat. - md






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









Pengajaran Pembatalan AGM Parti Amanah Negara (AMANAH)

Sekianlah artikel Pengajaran Pembatalan AGM Parti Amanah Negara (AMANAH) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pengajaran Pembatalan AGM Parti Amanah Negara (AMANAH) linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/09/pengajaran-pembatalan-agm-parti-amanah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengajaran Pembatalan AGM Parti Amanah Negara (AMANAH)"

Posting Komentar