Ombudsman Malaysia Bakal Ditubuhkan

Ombudsman Malaysia Bakal Ditubuhkan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ombudsman Malaysia Bakal Ditubuhkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ombudsman Malaysia Bakal Ditubuhkan
link : Ombudsman Malaysia Bakal Ditubuhkan

Baca juga


Ombudsman Malaysia Bakal Ditubuhkan

Ombudsman Malaysia Bakal Ditubuhkan. Sudah tiba masa untuk negara menubuhkan Ombudsman Malaysia yang berperanan sebagai pihak yang berkuasa dalam mendengar serta menyiasat salah laku pentadbiran, kata Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Yusof.

Beliau berkata hampir semua negara di dunia yang mengamalkan sistem demokrasi telah menerima peranan Ombudsman dan Malaysia juga perlu memiliki pembaharuan kepada suatu sistem yang lebih baik daripada yang sedia ada.

“Saya tidak boleh memberi komen lanjut kerana ia berkait soal polisi. Bagaimanapun ia terpulang kepada badan eksekutif untuk putuskan sama ada setuju dengan pembentukan Ombudsman ini.

“Namun, sudah tentulah kalau hampir semua negara yang sudah matang boleh menerima peranan Ombudsman ini, saya kira masanya sudah tiba untuk ada di Parlimen Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program ‘Speaker’s Lecture Series’ di Bangunan Parlimen malam tadi.

Program tersebut merupakan sesi perkongsian mengenai fungsi Ombudsman kepada sesebuah negara yang disampaikan Ketua Ombudsman New Zealand, Peter Boshier.

Mohamad Ariff berkata mengambil contoh di New Zealand, Ombudsman berperanan sebagai penyiasat serta penyelidik Parlimen yang mempunyai kuasa untuk mendengar sebarang masalah yang timbul berkenaan dengan salah laku pentadbiran.

Ombudsman Malaysia Bakal Ditubuhkan


“Ombudsman ini ialah seorang pegawai Parlimen. Mungkin konsepnya boleh diubah (sesuaikan) mengikut landskap sesebuah negara dan jika akan diwujudkan, sudah tentulah Rang Undang-Undang akan dibentang dan dibahas di Parlimen terlebih dahulu, apabila diluluskan barulah ia diimplementasikan,” katanya.

Sementara itu, dalam sesi syarahan itu, Boshier berkata beliau gembira jika dapat memperluaskan hubungan Malaysia-New Zealand dengan idea pejabat Ombudsman.

“Saya teruja Malaysia meninjau untuk melaksanakan Ombudsman. Saya telah melihat bagaimana pelbagai model Ombudsman berfungsi, dan dalam semua kes, peranan utamanya adalah melindungi orang daripada pencabulan hak, penyalahgunaan kuasa dan salah urus pentadbiran.

“Ia diterima secara universal sebagai mekanisme penting dalam penambahbaikan pentadbiran awam,” katanya. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









Ombudsman Malaysia Bakal Ditubuhkan

Sekianlah artikel Ombudsman Malaysia Bakal Ditubuhkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ombudsman Malaysia Bakal Ditubuhkan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/09/ombudsman-malaysia-bakal-ditubuhkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ombudsman Malaysia Bakal Ditubuhkan"

Posting Komentar