Judul : MB Perak Terkejut
link : MB Perak Terkejut
MB Perak Terkejut
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu meluahkan rasa kesal selepas dua daripada tiga ekor lembu korban yang disumbangnya kepada Bersatu bahagian Bagan Datuk tahun lalu dijual untuk tujuan lain.
Kenyataan tersebut dibuat sehari selepas Ketua Bersatu Bagan Datuk, Abdul Malik Karim mengaku menjual dua ekor lembu itu untuk membeli komputer dan membayar bil premis pejabat Bersatu.
Kenyataan yang dikeluarkan setiausaha politik kepada Ahmad Faizal, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid berkata menteri besar itu menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.
“Menteri besar memandang serius dakwaan penjualan dua ekor lembu korban melibatkan kepimpinan Bersatu bahagian Bagan Datuk tahun lalu.
“Beliau merasa kesal kerana dua daripada tiga ekor lembu sumbangan peribadi beliau yang sepatutnya diagihkan kepada golongan asnaf dan rakyat di Bagan Datuk, didakwa telah dijual untuk tujuan lain.
“Susulan satu laporan yang telah difailkan semalam, Menteri Besar menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Semalam, Anggota Jawatankuasa Bersatu Bagan Bahaman Tokiran membuat laporan SPRM mendakwa tiga pemimpin Bersatu bahagian Bagan Datuk menjual dua daripada tiga ekor lembu tersebut yang disumbangkan Ahmad Faizal untuk diagihkan kepada penduduk sempena Hari Raya Haji tahun lalu.
Katanya, hanya seekor sahaja diagihkan kepada masyarakat setempat.
Bahaman menamakan Abdul Malik, timbalannya Mohd Robion Bandi @ Ali Bandi dan naib ketua Zul Azni Kamirin dalam laporan itu.
Susulan itu Abdul Malik yang mengakui dakwaan itu menjelaskan bahawa dia mengambil tindakan berkenaan kerana tidak mempunyai dana yang cukup bagi tujuan itu.
Abdul Malik juga menyatakan kesediaannya memberikan kerjasama kepada SPRM atas laporan yang dibuat, namun menafikan menggunakan duit itu untuk tujuan peribadi
“Sewaktu kami mula-mula buka pejabat dulu, komputer tak ada, yang ada cuma kerusi dan meja. Jadi bila nak buat kerja tu, tak boleh buat kerja jadi bendahari waktu tu tidak mencadangkan tapi dia kata susah bila tidak ada komputer mahu buat kerja.
“Jadi bila jual lembu tu, duit tu diserah kembali kepada bendahari, jadi bendahari yang pergi beli komputer tu dan komputer itu masih ada di pejabat (kami).
“Lembu dijual sekitar RM5,000 seekor, harga komputer RM3,000 lebih dan selebihnya bayar pejabat, bil elektrik, air,” ulasnya semalam.
Sementara itu, Mohd Robion turut mengakui tindakan itu salah dari segi undang-undang dan sedia menerima sebarang tindakan termasuk dipecat daripada jawatannya sekarang.
Difahamkan, bagi sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Bersatu kawasan itu menerima lima ekor lembu sumbangan daripada Faizal untuk diagihkan kepada masyarakat setempat.
Malaysiakini difahamkan Bersatu pusat akan memanggil ketiga-tiga pemimpin tersebut bagi mendapatkan penjelasan berkaitan perkara tersebut. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
MB Perak Terkejut
Sekianlah artikel MB Perak Terkejut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca MB Perak Terkejut linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/08/mb-perak-terkejut.html
0 Response to "MB Perak Terkejut"
Posting Komentar