Judul : 3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu
link : 3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu
3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu
Artikel kali ini saya nak dedahkan satu teknik yang dipanggil custom dropship khusus berniaga di ebay. Sebenarnyam ada seribu satu teknik dropship untuk memulakan jualan di ebay.
Tapi jarang anda temui teknik yang ditunjuk secara terperinci bila anda mencari di Google, terutamanya artikel dalam bahasa Melayu.Di sini saya nak kongsikan cara berniaga di ebay supaya ramai terbuka mata terutama usahawan Melayu bahawa peluang untuk menjana pendapatan sepenuh masa atau secara sampingan dari rumah tidak mustahil pada zaman IT ini dan secara online dan tanpa sempadan.
Anda hanya perlu menimba ilmu dengan modal yang minima.
Mari kita tengok statistik dari terapeak penjual yang berjaya membuat jualan di ebay dengan hanya fokus pada barang “custom dropship” ini:
Ini ialah statistik jualan satu jenis barang sahaja iaitu custom watch.
Jualan jam ini berjaya menghasilkan USD164k++ = RM635K++ setahun oleh 1,436 orang penjual dari negara indonesia sahaja.
Jika orang lain boleh jual, saya boleh jual, anda pun boleh jual. Apa beza antara kita? Hanya rajin mencari ilmu sahaja.
Kelebihan bisnes dropship secara custom ni ialah kita boleh menjual mengikut trend terbaru di ebay (orang sekarang panggil trending). Apa yang sedang hangat dicari di ebay, barang itulah yang kita fokus untuk dijual.
Ada banyak pembekal (supplier) custom dropship yang boleh anda sertai, antaranya adalah seperti di bawah ini:
Mari kita tengok macam mana proses di belakang tabir ni:
Langkah 1: Perlu daftar akaun supplier di www.artsnow.com
Selepas anda mendaftar, anda akan mendapat 30 hari percuma sebagai dropship reseller seperti di bawah ini.
Untuk lebih jimat, anda boleh terus melanggan selama setahun berbanding secara bulanan.
Terdapat beratus-ratus jenis item yang boleh anda pilih untuk dijual di ebay.
Apa yang anda perlu buat ialah pilih produk yang anda berkenan nak jual, cari design yang bersesuaian dan kemudian jual di ebay.
Contohnya, saya pilih produk jam tangan seperti di bawah:
Harga yang ditawarkan untuk bukan ahli ialah USD12.99.
Jika anda telah daftar sebagai reseller dengan melanggan setiap bulan, harga yang anda dapat ialah seperti di bawah, iaitu cuma USD7.99.
Pastikan anda sudah ada akaun ebay dan paypal dahulu, barulah berbaloi anda melanggan artsnow sebagai supplier anda.
Langkah 2: Kaji permintaan market di ebay
Nak buat kajian pasaran produk ada banyak cara. Saya kongsikan secara ringkas sahaja seperti di bawah:
Cara 1 – Rujuk di website ebay sendiri seperti di advance search ebay.
Cari item yang telah berjaya dijual di ebay dengan menggunakan keyword tertentu seperti “sport metal watch” jika anda nak jual jam ni.
Cara 2 – Lihat statistik di website third party seperti di sini www.watchcount.com
Berdasarkan number of watchers yang ramai, ia memberi gambaran bahawa jam dengan jenama volkswagen gti wheeladalah carian keyword yang tertinggi untuk item sport metal watch.
Dari data di atas, ia bagi idea kepada kita untuk fokus pada barang seperti ini, jadi ia meningkatkan kemungkinan barang kita dapat jual dengan lebih tinggi.
Cara 3 – Menggunakan third party Data Research berbayar seperti terapeak:
Dari data terapeak di atas, anda boleh mendapatkan data yang lebih tepat dengan cepat.
Selain itu, anda boleh tapis (filter) penjual dari setiap negara yang menjual item yang anda nak jual itu. Inilah kelebihan terapeak berbanding kaedah 1 dan 2 di atas.
Saya lebih suka menggunakan terapeak untuk kajian pasaran sebab ia menjimatkan masa untuk buat penyelidikan.
Keduanya, ianya mudah untuk saya tahu pesaing dari negara lain.
Kerana, jika kita menggunakan fungsi advanced search sahaja, jika pesaing saya adalah penjual dari malaysia (dan mereka meletakkan item location mereka selain dari negara malaysia) agak sukar untuk saya menjejaki akaun mereka sebab fungsi advanced search hanya mampu filter berdasarkan item di sesuatu lokasi sahaja.
Tetapi dengan terapeak, ianya akan terus tapis ( filter) berdasarkan akaun berdaftar penjual tersebut. Walaupun pesaing saya meletakkan location item di China, saya mampu mengesan akaun pesaing dari terapeak.
Cara 4 – Menggunakan ebay trend website seperti explore.ebay.com
Di website ini, anda dapat tahu apa item terkini yang hot di ebay yang mendapat carian keyword tertinggi dan sedang trending di ebay.
Langkah 3 : Design dan listing di ebay
Setelah mendapat idea dan bukti jualan yang tinggi berdasarkan data yang dikumpul, maka bermula peringkat membuat listing di akaun anda pula.
Jika anda tak pandai photoshop, ia tidak menjadi masalah.
Artsnow telah menyediakan template mereka sendiri. Apa yang anda perlu buat ialah mencari gambar latarbelakang yang sesuai dan upload di website artsnow sahaja. Pastikan saiz imej yang anda upload itu mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh artsnow seperti gambar di atas.
Ini adalah contoh barang yang telah di iklan kan di ebay menggunakan pembekal artsnow.
Jika anda pandai photoshop, sudah tentul ia menjadi kelebihan anda untuk edit gambar display supaya ia jadi lebih cantik dan unik seperti di bawah.
Harga juga anda boleh jual lebih tinggi atau rendah bagi meningkatkan lagi potensi bakal pembeli membeli dari anda.
Seperti penjual di atas, beliau berjaya membuat jualan 95 unit dengan untung bersih $5.29 x 95 unit = $502.55 = RM1,949.64 dengan hanya menjual satu jenis jam sahaja.
Jika di listing penjual ini ada 1000 listing dan katakan sebulan 20% terjual, ini bermakna:
20% x 1000 = 200 unit x $5.29 (net profit) = $1058 = RM4k++ SEBULAN
Ia lumayan kan!
Kesimpulan
Saya harap anda sedikit sebanyak mengetahui potensi bisnes ebay ini dan eloklah mula ambil peluang ini.
Daripada kita menghabiskan masa berFacebook, menengok youtube, dan berwhatsapp, lebih baik jika kita fokus pada produktiviti yang membantu meningkatkan ekonomi keluarga kita.
Jalan telah saya tunjukkan, maka selebihnya bergantung pada anda sendiri, sebab ini bisnes anda.
Teknik yang saya tunjukkan ini adalah satu daripada 1001 teknik yang ada di ebay. Ada pelbagai lagi teknik dropship yang lain perlu anda pelajari untuk meningkatkan kemahiran membuat duit.
Jika anda ada impian kewangan dan mahu menceburi bisnes ebay, maka saya recommend anda merujuk Ebook panduan lengkap ini.
Ia sangat sesuai untuk orang baru yang nak memulakan bisnes di ebay dengan menggunakan kaedah dropship sahaja.
Semoga bermanfaat!
Untuk keterangan lanjut sila layari 3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu..
3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu
Sekianlah artikel 3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca 3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/07/3-langkah-buat-bisnes-secara-dropship.html
0 Response to "3 Langkah Buat Bisnes Secara Dropship Di Ebay Ramai Yang Tak Tahu"
Posting Komentar