Sarawak Mahu Najib Jadi PM Semula

Sarawak Mahu Najib Jadi PM Semula - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sarawak Mahu Najib Jadi PM Semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sarawak Mahu Najib Jadi PM Semula
link : Sarawak Mahu Najib Jadi PM Semula

Baca juga


Sarawak Mahu Najib Jadi PM Semula

Bekas perdana menteri Najib Razak kekal popular dalam kalangan rakyat Sarawak kerana sumbangannya terhadap pembangunan negeri itu, kata Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri.

Menggesa agar PH tidak mengenepikan Sarawak dalam rancangan pembangunan, Nancy berkata Najib meluangkan masa memahami keperluan rakyat negeri itu ketika menjadi perdana menteri.

"Jika anda bercakap dengan orang Sarawak, mereka mahu Najib kembali (sebagai perdana menteri) kerana beliau melawat semua kawasan pedalaman.

"Saya tidak cuba mempromosi beliau, tapi beliau tahu apa yang rakyat Sarawak perlukan.
Iklan
"Beliau mengunjungi Sarawak lebih 60 kali dan cuba memudahkan hidup kami," kata bekas menteri BN itu ketika hadir sebagai panelis forum Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) di Kuala Lumpur hari ini.

Antara lain, kata Nancy, pentadbiran BN meluluskan pelbagai projek infrastruktur skala kecil di bawah Belanjawan 2018, namun ia dibatalkan selepas PH mengambil alih kerajaan pada 9 Mei tahun lalu.

"Kami sangat bimbang dengan pembaharuan ekonomi.

"Apa-apa yang kami minta sangat kritikal dan diperlukan," katanya sambil mempersoalkan cadangan projek mega seperti pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kedah.

Tambah Nancy, rakyat Sarawak masih beruntung kerana mempunyai RM31 bilion rizab negeri meskipun menurutnya kerajaan pusat perlu membantu kerajaan negeri dalam membangunkan negeri itu.

Menyentuh soal kegagalan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu yang setaraf, Nancy menjelaskan bahawa ahli parlimen Sarawak yang tidak mengundi di parlimen berbuat demikian selepas permintaan mereka untuk penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang itu bagi ditolak.

"Saya mahu anda semua tahu apa yang kami buat. Kami bukan semata-mata menolak Rang Undang-Undang itu.

"Jika ingin pinda, jangan buat tergesa-gesa. Anda perlu lakukan sebagai satu pakej," katanya dan menambah bahawa beberapa pindaan lain diperlukan selain Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

Nancy turut mendakwa pindaan Rang Undang-Undang itu tergesa-gesa kerana merupakan salah satu janji 100 hari PH.

"Mereka kata tak boleh tangguh (pembentangan), tapi ini bukan soal berapa hari berjanji, tapi tentang undang-undang dan bagaimana ia dapat memanfaatkan rakyat Sarawak," katanya.

Sesebuah pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan dua per tiga sokongan majoriti dalam parlimen.

PH ketika itu kurang 10 undi untuk meluluskan Rang Undang-undang berkenaan di peringkat dasar.

Seramai 138 daripada 222 ahli parlimen menyokong Rang Undang-undang berkenaan sementara 59 berkecuali pada 9 April lalu. - mk







Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi











Sarawak Mahu Najib Jadi PM Semula

Sekianlah artikel Sarawak Mahu Najib Jadi PM Semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Sarawak Mahu Najib Jadi PM Semula linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/06/sarawak-mahu-najib-jadi-pm-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sarawak Mahu Najib Jadi PM Semula"

Posting Komentar