PAS Pun Tolak BN Pada PRU14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda

PAS Pun Tolak BN Pada PRU14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Pun Tolak BN Pada PRU14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Pun Tolak BN Pada PRU14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda
link : PAS Pun Tolak BN Pada PRU14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda

Baca juga


PAS Pun Tolak BN Pada PRU14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda

Biro Agama Pemuda Bersatu (Armada) hairan dengan sikap PAS yang menyalahkan pendirian anak muda yang menumbangkan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Sedangkan, kata pengerusinya, Abu Hafiz Salleh Hudin, parti Islam itu juga turut menentang BN dengan meletakkan calon menentang BN dan PH dalam pertembungan tiga penjuru.

Malah, katanya, dalam ceramah sempena Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan di Kota Bharu pada Mac tahun lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang secara jelas dan lantang menegaskan komitmen PAS untuk bukan sahaja melawan PH, tetapi juga BN.

"Amat pelik, apabila hukuman tidak membaca kitab dan tidak mempelajari agama hanya diberikan kepada anak muda sehingga jatuhnya BN tetapi gelaran yang sama tidak diberikan kepada PAS yang diketuai oleh Abdul Hadi sendiri?

"Marilah kita sama-sama mengamalkan politik matang dan sejahtera seperti yang sering dilaungkan oleh PAS sendiri termasuk bukan membalas dendam melalui ucapan dan gelaran buruk sehingga mampu menjatuhkan maruah tokoh agama mahupun Islam itu sendiri.

"Hormati perbezaan pilihan parti politik dan bukannya menyuburkan amalan label melabel seperti yang berlaku ini," katanya lagi.

Abdul Hadi pada 15 Jun lalu menyifatkan 30 peratus anak muda yang mengundi PH pada PRU lalu sebagai kekurangan ilmu agama sehingga gagal memahami Islam mengikut makna sebenar.

Beliau berkata disebabkan itu golongan terbabit didakwanya melakukan kesilapan apabila menumbangkan BN, dan mengundang mudarat lebih besar dengan memilih PH.

"Tiga puluh peratus pengundi muda (mengundi PH) yang berumur 21 tahun yang tak mengaji kitab, (tidak) mengaji agama, (tapi) mengaji dengan telefon bimbit, mengaji dengan Facebook, mengaji dengan WhatsApp.

"Kefahaman (mereka) dalam masa singkat, dengan WhatsApp, (kemudian) membuat sikap politik," kata Abdul Hadi ketika berucap.

Dalam kenyataan hari ini, Abu Hafiz berkata laras ayat sebegitu sangat tidak sesuai dengan kedudukan Abdul Hadi sebagai tokoh politik dan agamawan yang disegani

Tambah Abu Hafiz, tuduhan itu merendahkan tahap intelek orang lain dan melanggar adab susila agama. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi










PAS Pun Tolak BN Pada PRU14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda

Sekianlah artikel PAS Pun Tolak BN Pada PRU14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS Pun Tolak BN Pada PRU14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/06/pas-pun-tolak-bn-pada-pru14-tapi-nak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Pun Tolak BN Pada PRU14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda"

Posting Komentar