Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan

Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan
link : Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan

Baca juga


Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan

Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid yang dituduh pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta, kerana tidak hadir semasa pengurusan kesnya. 

Waran itu dikeluarkan Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas Timbalan Pendakwa Raya Mahadhir Mohd Khairudin membuat permohonan supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Hasanah, 61, kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan.

Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan. “Tertuduh tidak hadir, beliau (sebelum ini) telah dilepaskan dengan jaminan dengan dua penjamin.

"Bagaimanapun tertuduh dan kedua-dua penjaminnya tidak hadir serta tiada apa-apa arahan dari mahkamah berhubung ketidakhadiran itu. Pohon waran tangkap dikeluarkan,” kata Mahadhir.

Peguam Nur Aifaa Mohd Zain yang mewakili Hasanah memohon maaf kepada mahkamah dan memberitahu Hasanah tidak hadir kerana peguam itu gagal memaklumkan tertuduh berkenaan prosiding hari ini.

“Saya memohon maaf atas kesilapan saya sebagai peguam, saya harus memaklumkan anak guam saya untuk hadir tetapi saya gagal untuk memaklumkan. 

"Saya berharap anak guam saya tidak menerima sebarang kesan atas tindakan saya,” kata peguam itu.

Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan


Hakim Sequerah kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasanah dan menetapkan 26 Jun bagi sebutan waran tangkap dan notis kepada penjamin.

Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu media bahawa waran tangkap itu dikeluarkan kerana tiada sebarang alasan munasabah dikemukakan kepada mahkamah atas ketidakhadiran tertuduh dan kedua-dua penjaminnya hari ini.

Nur Aifaa pula memberitahu terdapat salah faham kerana pihaknya beranggapan tiada prosiding hari ini kerana tarikh perbicaraan kes itu yang akan bermula 3 Feb 2020 telah ditetapkan pada prosiding 17 April lepas.

Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu dan 9 Mei tahun lepas di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan


Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. - bernama




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image











Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan

Sekianlah artikel Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/05/waran-tangkap-untuk-bekas-ketua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Waran Tangkap Untuk Bekas Ketua Perisikan"

Posting Komentar