Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai

Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai
link : Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai

Baca juga


Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai

Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai. Pepatah lama ada menyebut ‘sampah bagi seseorang adalah harta karun kepada orang lain’.

Dan ia adalah benar bagi seorang pemungut sampah di San Francisco apabila dia memperoleh kira-kira AS$300 (RM1,200) setiap minggu dengan menggeledah tong sampah di rumah Mark Zuckerberg.

Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai.  Jake Orta, 56, atau ‘si pemburu harta karun’ tinggal di pangsapuri studio bantuan kerajaan di Mission hanya tiga blok dari rumah agam Zuckerberg bernilai AS$10 juta (RM41 juta) berkata, selepas menggeledah tong sampah milik Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc itu, dia menemui pelbagai barang berharga termasuk pembersih vakum, pengering rambut, mesin kopi dan seguni baju terpakai.

“Anda tidak tahu apa yang akan anda temui,” kata Orta memetik laporan Daily Mail.

Orta turut menunjukkan sepasang jaket berjenama, jaket kapas baru, kasut Nike kelabu dan pam basikal yang masih berfungsi.

Dia berharap hasil sampah itu membolehkan dia mendapat wang antara AS$30 dan AS$40 (RM123 dan RM165) sehari atau AS$300 (RM1,200) seminggu.

Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai


Antara barangan gelandangan yang dijual
Veteran Tentera Udara itu dilahirkan di San Antonio, Texas, dan pernah bertugas ketika perang Teluk Parsi pada 1991 selain ke Jerman, Korea serta Arab Saudi selama 12 tahun tahun perkhidmatannya.

Apabila kembali ke Amerika Syarikat, Orta berdepan masalah alkohol dan menjadi gelandangan selepas ditinggalkan isterinya.

Dia kemudian berpindah ke San Francisco 5 tahun lalu dan bagi meneruskan kelangsungan hidupnya, dia bekerja sebagai pemungut sampah walaupun ia diharamkan di California.

Seorang wartawan Times turut menyertai Orta selama 6 malam bagi memahami kerja sebagai pengutip sampah selain ingin melihat kehebatan Orta sehingga digelar rakannya sebagai ‘The Finder’ (orang yang menemui barangan).

Menurut Orta, dia mempunyai beberapa laluannya sendiri untuk mencari barang kitar semula, malah di beberapa tempat dia berharap akan menemui sesuatu berharga.

Di sebuah rumah pada Mac lalu, Orta berhasil mengutip sekotak gelas perak, pinggan dan mangkuk, lapor Times.

Selain itu, beberapa penemuan baru termasuk telefon bimbit, iPad, tiga jam tangan dan beg ganja untuk kegunaan sendiri.

Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai


Rumah agam Mark Zukerberg
Namun ada, Orta langsung tidak menemui apa-apa selepas menggeledah dua tong sampah di luar rumah bilionair Facebook berusia 34 tahun itu.

“Hanya sampah,” katanya selepas memunggah tong kitar semula dan menemui tin minuman A&W, kotak kadbod dan surat tawaran kad kredit manakala tong sampah hitam berisi sisa makan malam, baguette basi dan bekas makanan Cina.

Orta berkata, barang terpakai akan dijual di pasar karat di Mission Street atau di Julian Avenue.

“Permainan kanak-kanak sukar untuk dijual kerana kebanyakan ibu bapa tidak suka barang dari longgokan sampah.

“Berbanding wanita, lebih senang berurusan dengan pelanggan lelaki kerana mereka tidak cerewet mengenai pakaian dan akan membayar antara AS$5 hingga AS$10 (RM20.50 – RM41.15) untuk sepasang seluar jeans,” kata Orta.

Salah satu kesukaannya ialah koleksi akhbar dari seluruh dunia yang mendokumentasikan perjalanan Perang Dunia Kedua.

Dia enggan menjual koleksi berkenaan dan hairan mengapa pemilik asal membuangnya.  Bagi Orta, dia secara eksklusif mengambil sampah itu yang dibuang pemiliknya.

Jurugambar majalah Mission Gold, Nick Marzano dari Australia yang mendokumentasikan dunia pemungut sampah di San Francisco berkata, terdapat beberapa usahawan jalanan seperti Orta di bandar itu.

“Ia perkhidmatan sivik. Daripada terbuang dan dihantar ke tempat pelupusan sampah, barang dikitar semula.

Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai.  “Ia punca pendapatan utama bagi mereka yang tiada pendapatan selainnya,” kata Marzano kepada Times. - times daily






Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai

Sekianlah artikel Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/04/sampah-dari-rumah-mark-zuckerberg.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sampah Dari Rumah Mark Zuckerberg Bernilai"

Posting Komentar