Kejutan RCI Wang Kelian

Kejutan RCI Wang Kelian - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kejutan RCI Wang Kelian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kejutan RCI Wang Kelian
link : Kejutan RCI Wang Kelian

Baca juga


Kejutan RCI Wang Kelian

Kejutan RCI Wang Kelian. Saksi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendedahkan beliau dilarang kembali ke kawasan penemuan kem penyeludupan manusia dan kubur beramai-ramai di Wang Kelian, Perlis selepas penyerahan laporan pada 22 Januari 2015.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), S Sivangnanam berkata, arahan itu diberikan sebulan selepas bertugas di kawasan tersebut.

Kejutan RCI Wang Kelian. Katanya, arahan itu diberikan Mohammad Nasir Ramli, bekas komander Briged Utara PGA yang bersara Julai 2015.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan Timbalan Pengerusi RCI, Norian Mai, yang juga bekas ketua polis negara.

“Saya dilarang kembali ke kawasan operasi. Seperti Tan Sri tahu, kalau ada arahan daripada pihak atas, kita tidak persoal,” katanya.

Di tanya kenapa beliau tidak dibenarkan kembali ke kem itu, Sivangnanam berkata dia tidak persoalkan arahan pegawai atasannya.

Sivangnanam, yang bersara 20 Julai 2016, turut mendedahkan beliau menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat sehari selepas penemuan kem itu.

Kejutan RCI Wang Kelian


Sumber itu memaklumkan seorang lelaki bernama “Aziz” adalah orang tengah kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Katanya lagi, “Aziz” berpenyakit kulit dan berniaga di Arked Wang Kelian.

“Risikan saya mendapati memang individu tersebut wujud dan kedainya berhampiran dengan CIQ,” katanya.

Laporan Sivangnanam turut mengaitkan penglibatan orang-orang dalam pihak berkuasa dalam aktiviti sindiket.

Laporan tersebut dibacakan pegawai pengendali, Khairul Anuar Abd Halim kepada panel RCI hari ini, dan beliau mengesahkannya.

Sivangnanam berkata, pemberi maklumat juga menyebut nama 8 orang yang terlibat.


Kejutan RCI Wang Kelian


“Saya serahkan nama dalang dan maklumat hasil sumber itu kepada ketua polis Perlis dan Kedah, Unit Risikan Selatan Batalion PGA, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Majlis Keselamatan Negara Perlis,” katanya.

Sidang RCI yang dipengerusikan bekas ketua hakim negara, Ariffin Zakaria bersambung Isnin. - mk








Kejutan RCI Wang Kelian

Sekianlah artikel Kejutan RCI Wang Kelian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kejutan RCI Wang Kelian linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/04/kejutan-rci-wang-kelian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kejutan RCI Wang Kelian"

Posting Komentar