Detik-Detik Akhir Jamal Yunos

Detik-Detik Akhir Jamal Yunos - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Detik-Detik Akhir Jamal Yunos, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Detik-Detik Akhir Jamal Yunos
link : Detik-Detik Akhir Jamal Yunos

Baca juga


Detik-Detik Akhir Jamal Yunos

Detik-Detik Akhir Jamal Yunos. Pemimpin Baju Merah, Jamal Yunos membuat cubaan saat-saat akhir untuk menghentikan saman fitnah Menteri Perindustrian Utama, Teresa Kok terhadapnya berhubung dakwaan salah guna dana kerajaan daripada perbicaraan penuh.

Peguam, SN Nair, yang mewakili Kok, memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Bache bahawa mereka menerima permohonan membatalkan tindakan undang-undang itu pada Khamis lepas.

Detik-Detik Akhir Jamal Yunos. Perbicaraannya dijadualkan bermula hari ini dan esok. Jamal bagaimanapun tidak berada di mahkamah.

Peguamnya, V Mugunthan berkata Jamal tidak sihat dan sedang cuti sakit.

Mugunthan juga berkata mereka berharap untuk membatalkan saman itu kerana tiada hasil daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Kok berkenaan dakwaan dia dan pemimpin DAP lain menggelapkan dana kebajikan daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

“Tindakan undang-undang itu terlalu awal,” kata Mugunthan.

Beliau juga meminta mahkamah memerintahkan perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu permohonan membatalkan tindakan undang-undang itu selesai.

Nair bagaimanapun berhujah Kok tidak didakwa di mahkamah berhubung dakwaan itu dalam tempoh 2 tahun ini, oleh itu “ia tidak menghalangnya memfailkan tindakan undang-undang”.

Detik-Detik Akhir Jamal Yunos


Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa undang-undang tidak menetapkan SPRM perlu menunjukkan hasil siasatannya.

Ahmad, berdasarkan pengalamannya sebagai seorang bekas pegawai SPRM berkata, suruhanjaya itu tidak selalunya menyediakan respon tentang hasil siasatan.

“Saya membenarkan peguam mewakili menteri untuk memfailkan afidavit menjawab permohonan Jamal membatalkan tindakan undang-undang itu,” katanya.

“Saya perlu dengar permohonan ini sebelum saya boleh teruskan perbicaraan.”

Sementara itu, Ahmad meminta Jamal dan Kok cuba mencari suatu penyelesaian.

Mahkamah menetapkan 19 Jun sebagai tarikh tentatif untuk mendengar cubaan Jamal menghentikan tindakan undang-undang sementara menunggu respon SPRM.

Sebelum ini, Jamal gagal selesaikan tindakan undang-undang Kok dan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Detik-Detik Akhir Jamal Yunos


Ditemui pemberita di luar mahkamah, Kok mengkritik langkah Jamal untuk menangguhkan kes itu.

“Semasa saya failkan tindakan undang-undang ini pada 2017, dia kata dia alu-alukan tindakan undang undang saya terhadapnya.

“Hari ini dia tiada di sini, dan dia membuang masa semua orang,” tambahnya.

Dalam tindakan undang-undangnya, Kok mendakwa kenyataan Jamal mencemar reputasinya sebagai seorang ahli politik kanan dalam DAP dan menggambarkan dirinya sebagai seorang individu korup.

“Tuduhan oleh Jamal itu tidak berasas dan saya tidak menyalahgunakan kuasa saya untuk peroleh dana daripada Yawas,” kata Kok dalam tuntutannya.

Beliau meminta ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Jamal serta injunksi menghalangnya menyiarkan kenyataan berunsur fitnah.

Detik-Detik Akhir Jamal Yunos.  Jamal pada 2017 mendakwa ahli politik dari Kuala Lumpur dan Selangor mengambil dana daripada Yawas yang diperuntukkan untuk bantuan kebajikan, dan bukannya mengagihkan wang itu kepada penerima yang layak. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image



Image







Detik-Detik Akhir Jamal Yunos

Sekianlah artikel Detik-Detik Akhir Jamal Yunos kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Detik-Detik Akhir Jamal Yunos linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/04/detik-detik-akhir-jamal-yunos.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Detik-Detik Akhir Jamal Yunos"

Posting Komentar